Jumaat, 2 Mei 2014

Misha Omar sah milik Firos Ezzwan Rossly dengan sekali lafaz

Penyanyi Misha Omar, 32, hari ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly, 32,
dengan hanya sekali lafaz.

Majlis akad nikah yang disempurnakan oleh abang Misha, Mohd, Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat itu berlangsung di
Hotel Renaisance di sini, kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Misha atau nama sebenarnya, Samihah Omar, menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas dan tiada wang hantaran disediakan.
{baca lagi klik butang papar ... }



Dalam pada itu, Misha dan Firos ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah berkata, mereka bersyukur dan gembira kerana telah selamat disatukan
sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagiaan mereka sehingga ke akhir hayat.

Sementara itu, penyanyi Adibah Noor bertindak sebagai pengacara, manakala Dina Nadzir, Jaclyn Victor dan Fara Fauzana pula selaku pengapit pengantin perempuan.

Majlis resepsi persandingan pasangan ini akan diadakan pada malam ini di hotel yang sama untuk keluarga perempuan manakala pihak lelaki memilih 12 Mei
ini untuk meraikan pasangan itu di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Terdahulu Misha yang popular dengan lagu Bunga-Bunga Cinta, sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada 21 Februari lalu namun ia terpaksa ditangguhkan bagi
menghormati kematian ayahnya, Omar Ismail pada 30 November tahun lalu. - UTUSAN ONLINE

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Berkaitan




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: