Jumaat, 2 Mei 2014

Kalau korang nak tau betapa busuknya hati Ibrahim Ali tengok sini


Pemimpin politik Yahudi lakanatullah pun tidak pernah nak buat pesta atau perayaan jika musuh politiknya masuk kedalam penjara ... tidak pernah ada dengar lagi .. tetapi pemimpin yang mengaku menjerit terlolong terlalak sana sini akan perjuangkan Islam dan Ketuanan Melayu sampai sanggup mati bergelempangan bermandikan darah tergamak berkata begitu.

Selepas bertalu-talu mengkritik lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia, hari ini Datuk Ibrahim Ali (gambar) mengalihkan sasarannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu mendoakan agar Anwar segera ke penjara dan akan mengadakan majlis kesyukuran sekiranya hasrat itu tercapai.

"Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara.
{baca lagi klik butang papar ... }



"Lagi cepat Anwar masuk penjara, lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara. Baik juga untuk pihak keselamatan kerana tidak pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa Himpunan Reformasi 2.0 di Kuching pada minggu lalu, Anwar yakin beliau akan dipenjarakan bahkan mungkin lebih lama daripada tempoh lima tahun sebagaimana yang diputuskan mahkamah dalam kes liwatnya kerana mendakwa proses mahkamah terlalu berat sebelah.

Katanya, keengganan Pendaftar Mahkamah Persekutuan memberikan waktu tambahan untuk memfailkan petisyen rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Rayuan adalah cubaan terakhir yang terpaksa beliau hadapi.

"Ia sudah pasti satu gangguan dan penyalahgunaan proses (mahkamah). Saya hanya menunggu masa dan saya tidak tahu berapa lama masa saya ada.

"Sebulan, dua bulan sebelum mereka menghantar saya ke penjara," katanya.

Ibrahim berkata Anwar tanpa henti menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor yang bertanggungjawab memasukkannya ke penjara.

Katanya, selaku rakan yang sama-sama ditahan dalam Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama dua tahun pada 1974 bersama bekas timbalan perdana menteri itu, perawakannya tidak sukar dibaca.

"Tuduhan Anwar sama. Kerja Najib dan Rosmah hantar dia ke penjara. Dia dakwa dizalimi,konspirasi kedua, hakim tidak adil dan macam-macam.

"Anwar ingat Malaysia ini negara mak bapa dia yang dia boleh buat suka hati dan seolah-olah kebal daripada undang-undang. Semua orang tak betul, dia sahaja yang betul," katanya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





Artikel Menarik Lainnya



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: