Sabtu, 31 Mei 2014

Dua pembantu rumah Fasha Sandha dipenjara

DUA pembantu rumah suami pelakon Fasha Sandha hari ini dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini kerana mencuri wang milik suami pelakon itu sebuah rumah di Ampang Jaya.

Majistret Zulyana Zolkapli membuat keputusan itu selepas kedua-dua warga Indonesia itu, Nilawati, 39, dan Sri Maniami, 35, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka menjalani hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada 13 Mac lepas. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri matawang rupiah dan wang Ringgit Malaysia berjumlah RM200 milik Rizal Ashram Ramli, 38, di sebuah rumah di Jalan Duta Suria, Ampang Jaya, di sini pada 9.45 malam, 12 Mac lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu dalam rayuan mereka, kedua-dua wanita itu menangis teresak-esak memohon mahkamah meringankan hukuman kerana ingin menyambut Ramadan bersama keluarga di kampung.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum. - Bernama

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Sabina45 berkata...

Jumlah memang sedikit tapi tetap salah disisi agama dan berbuatan, tapi kita sebagai maknusia ada banyak cara boleh dimaafkan,adakah kita siasat pada diri kita yang semamngnya kaya dan lalai serta cuai hinggakan pekerja kita boleh hidu kecuain kita yang membolehkan mereka mengambil hak milik kita,jika disebabkan kelalaian dan kecuain kita apa salahnya kita maafkan saja dan anggaplah sebagai sedekah, apakah kita sedar kenapa mereka datang bekerja dengan kita dan sanggup buat apa saja kerja yang kita arahkan, jika mereka berada seperti kedudukan kita yang serba mewah yang membolehkan kita mampu mengaji pembantu tak mungkin mereka merantau jauh meninggalkan anak suami dan keluarga untuk mencari rezeki secara halal,cuba kita pergi kenegara mereka ditempat yang paling dhoif kita akan sedar betapa mewahnya hidup kita , berperikemanusianlah sedikit sebelum kita bertindak keatas pembantu kita, saya juga ada pembantu tapi kita kena jaga dan jangan cuai dan lalai dengan kemewahan kita.