Khamis, 3 April 2014

Sebenarnya papagomo telah dizalimi



Nabi Muhammad SAW ada bersabda yang bermaksud: “Takutlah kepada doa orang yang dizalimi kerana sesungguhnya tiada hijab atau penghalang di antara doa mereka dengan ALLAH SWT.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis berkenaan menerangkan bahawa orang yang dizalimi dianugerahkan ALLAH doa yang mustajab atau akan dimakbulkan oleh ALLAH terhadap yang menzaliminya.


Mukadimmah itu sebagai pembuka bicara untuk kita lebih faham dengan isu papagomo atau blogger terkenal Wan Muhammad Azri Wan Deris . Entah berapa ramai pemimpin politik pembangkang menjadi mangsa fitnah papagomo kita sendiri tidak tahu. Entah dengan siapa lagi papagomo berurusan untuk menjayakan fitnahnya demi memburukkan pakatan rakyat.

Maka mangsa-mangsa yang dizalimi berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk yang benar. Ramai juga pelayar internet dan media social berdoa agar papagomo diberi balasan setimpal dengan kerja tangannya sendiri.
{baca lagi klik butang papar ... }





KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo bakal berdepan dengan tindakan mahkamah atas penafian bahawa dirinya sebelum ini pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini menafikan bahawa beliau telah menaiki kapal selam Scorpene tersebut dan dia boleh disaman kerana memberi keterangan palsu.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya di Parlimen semalam telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Wan Deris berada di atas kapal selam Scorpone pada 9 Disember lalu.

"Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Wan Deris.

"Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

"Namun jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.

"Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Oleh itu, saya dan Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan pada hari Selasa 8 April ini.

"Saya juga akan menfailkan saman terhadapnya atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat daripada Petronas kerana pecah amanah," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini berkali-kali telah menafikan bahawa dirinya adalah Papagomo.


Benarkah Wan Muhammad Azri Wan Deris atau papagomo dizalimi?


Dia tidak dizalimi sebaliknya Wan Muhammad Azri Wan Deris menzalimi dirinya sendiri.


"Tidak ada Tuhan Selain Engkau. Maha suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.” - Al-Anbiya:


Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke Tanah jua. Degnan jawapan bertulis di palimen, tiada apa lagi yang papagomo boleh sembunyikan siapakah dirinya yang sebenarnya.

Di dunia habis ditelanjangkan, diaibkan ..

Maka di sana nanti lagilah pedih dan azab Allah SWT.

Doa - da orang dizalimi tiada hijab antara mereka dengan Allah SWT. Wallhualam.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Artikel Berkaitan



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Api Dlm Perut berkata...

papagemuk (sebb makan duit fitnah) telah dizalimi ... oleh dirinya sendiri.