Isnin, 14 April 2014

Saya bukan pak turut Anwar Ibrahim ..

ALOR SETAR - Bukan semua cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim diterima bulau-bulat, tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Ada cadangan Anwar yang saya boleh terima dan ada juga cadangan dia yang saya dengar tapi tak terima,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu bukan satu kesalahan atau kebiadaban tetapi menunjukkan sikap seorang pemimpin yang boleh menerima cadangan dan kritikan.




Bagaimanapun, beliau beranggapan Ketua Umum PKR itu adalah seorang pemimpin yang sangat cekap dalam berpolitik.

“Saya juga nak menyumbang pengalaman saya dan apa yang saya lakukan di Selangor untuk parti. Itu yang saya mahu dan rasa boleh jadi gandingan dengan Anwar
dan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Siapa saja jadi Presiden PKR, saya tiada masalah sebab kami boleh bergandingan. Walaupun saya rapat dengan Anwar tetapi saya tak dengar cakap Anwar 100
peratus walaupun dia nampak seolah-olah saya sedang mendengar,” katanya pada program kasih bertaut di rumah pangsa Sri Gemilang, Mergong, di sini, hari
ini.

Menurutnya, PKR perlu melakukan pembaharuan supaya boleh bersaing dengan kerajaan persekutuan.

“Dalam kepimpinan kita mesti ada orang yang boleh berbincang dan bukan jadi pak turut saja. Saya rasa, Anwar perlu ada rakan-rakan seperti itu dan kita
mesti ada keseimbangan untuk mentadbir.

“Saya ada pengalaman mentadbir, pengurusan harta dan tenaga manusia manakala Anwar pula cekap dalam politik. Keseimbangan ini boleh membantu kita tawan
Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Bukan masaalah nampak atau tidak nampak sekarang ini anda menuduh tanpa fakta dan bukti yang jelas, nasihat saya kepada diri anda saya. sebagai seorang islam apa bila menuduh satu kesalahan hendaklah dengan fakta. Bukan anuar tidak membuat salah tetapi jgn lah kita benci pada sesuatu individu itu kita menzalimnya tanpa pembelaan.