2. Saya berjoget di disko
3. Video ketiga dia kata surprise dan sangat aib serta tak mampu untuk saya ceritakan.
Saya terus terasa malu, lemah dan terkejut kerana ada yang sanggup mengaibkan saya sebegitu sekali. Dan dia ugut minta duit agar dia tak sebar video tersebut. Saya takkan tunduk kepada mereka, tapi saya bimbang akan timbul fitnah yang luar biasa dan 'membunuh' saya dengan persepsi rakyat Malaysia. Justeru :
Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak pernah buat seperti yang ada dalam video tersebut.
Semoga Malaysia bersama saya. ( AMIN IDRIS )
Kes seperti ini sebenarnya banyak berlaku samada dalam negara kita mahupun negara luar, kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini sebenarnya makin memudaratkan jika kita tersalah guna. teringat akan sebuah drama dari negara Hong Kong pernah membawa kisah berkenaan sindiket penipuan internet. Modus operandi mereka adalah menggunakan peralatan komputer yang canggih untuk memerangkap mangsa yang dihubungi tanpa mangsa menyedari dirinya sebenarnya sedang diperangkap oleh sindiket ini dengan membuat video lucah. Dalam drama ala-ala penyiasatan nie, mangsa seterusnya diperas ugut dengan meminta wang supaya video lucah yang dibuat tadi tidak disebarkan.
Jadi disini, suka juga aku ingin mengingatkan kepada yang lain-lain supaya lebih berhati-hati dalam internet, gambar-gambar anda, lebih-lebih lagi wanita, yang konon cute miut yang diupload ke mukabuku atau sebagainya, awas! lebih baik beringat dari menyesal kemudian hari.
Apa yang menimpa saudara Amin kini merupakan satu ujian yang hebat bagi beliau, diharapkan beliau terus tabah dan berdoa supaya fitnah tersebut dapat dielak. Kami rakyat Malaysia juga akan turut sama mendoakan anda. Sabarlah.---suarashiro.com
sumber
2 respon:
Disebabkan sdr amin berani bermubahalah,maka kepercayaan saya bersama anda.Berani kerana benar,takut kerana salah.
tak perlu sumpah latar belakang kaabah bergerak pun.
sumpah kat mana2 pun sama, Allah menjadi saksi.
org lubang cedera aje yg buat sumpah latarbelakang kaabah bergerak
Catat Ulasan