Isnin, 28 April 2014

Obama dan Utusan tu 'kawan baik' ke?

Ni apa hal pulak semua benda kena Tanya Obama? Obama tu tuhan ke? Obama tu power rangers sangat ke? Tapi kalau la Obama tahu tentang betapa teruknya 'perangai' pengarang-pengarang Utusan Malaysia, pasti dia pun akan memandang sinis kepada Najib yang merupakan presiden UMNO.

Mungkin dalam hati .. kau dengan aku sama saja hehehe, cuma platform kita berbeza"

Dan ketika Utusan diperintah bayar RM40 ribu atas kes terbaru yang mereka kalah, aku tak Nampak mereka rasa sesal dan tergugat. Sebab apa ..

Sebab misi utama untuk menang PRU 13 telah berjaya. Dulu Mereka pun sedar akan artikel itu adalah fitnah, tetapi demi nafsu setan pemimpin yang mengarahkan mereka untuk memburukkan pakatan sebegitu rupa.

ORANG MELAYU yang bodoh terus percaya dan beralih undi kepada yang lain. Betapa malang nasib pengundi melayu sedemikian rupa.
{baca lagi klik butang papar ... }



Demikianlah jua banyak hal yang karut marut berlaku dalam Malaysia. Kes Altantuya, Kes Scorppene, kes Linggam, kes PKFZ, kes liwat dan banyak lagi kes yang sungguh-sungguh memperbodohkan rakyat.Berikut ini adalah laporan di mana Utusan kantoi untuk sekian kalinya ..

KOTA BHARU:Selain memohon maaf kepada Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), Utusan Melayu juga diperintah membayar RM40,000 kepada agensi milik kerajaan negeri itu, di atas penerbitan berita berunsur fitnah.


Permohonan maaf tersebut menyebut Utusan Melayu dengan suci hati menyesali penerbitan artikel berkaitan KGT berdasar kenyataan diberi defendan keempat, Nik Mahani Mohamed.


Selain itu Utusan memohon maaf terhadap segala kesulitan, penjejasan ke atas reputasi dan apa-apa kerugian yang dialami hasil penerbitan berita-berita tersebut.


Oleh itu akhbar yang didominasi Umno tersebut juga berjanji tidak mengulangi kenyataan-kenyataan yang telah diterbitkan.


Perbicaraan kes tersebut dikendalikan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah pada prosiding yang berlangsung semalam.


Sebelum ini akhbar terbabit pada 18 Jun sehingga 2 Julai 2012 menerbit beberapa berita berunsur fitnah mengenai KGT antaranya bertajuk “KGT Didakwa Diselubungi Skandal”, “Polis Siasat Skandal Dinar Emas”, “Dinar KGT Didakwa Tiada Ciri Islam”, “Skandal KGT: Syed Azidi Sedia Kemuka Bukti” dan “Dinar Kelantan Sekadar Perhiasan Biasa”.


Berita-berita terbabit ditulis wartawan Saifulizam Mohamad dan Azran Fitri Abdul Rahim.


Pada perbicaraan itu Utusan Melayu diwakili peguam M Reza Hassan dan Ellia Zuraini Mat Zin bersetuju membayar sebanyak RM40,000 kepada KGT.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




BACA LAGI


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: