Jumaat, 25 April 2014

Nasib Ahmad Said dihujung tanduk?


Dahulu heboh kononnya Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mahu ditukar apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ bagi membolehkan beliau dilantik sebagai MB yang baharu.

Tetapi perancangan manusia tidak dapat mengatasi perancangan Allah. Anwar beriya benar mahu menjadi MB Selangor tetapi akhirnya beliau tidak dapat bertanding apabila pada 7 Mac lalu beliau dijatuhkan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Maka berita pertukaran Khalid dari jawatan MB menjadi senyap selepas Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi DUN Kajang menggantikan suaminya.
Ahad lalu Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia membangkitkan isu pertukaran dua MB di kalangan MB Barisan Nasional (BN). BN berkuasa di Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Sabah (Ketua Menteri). Siapa yang akan digugurkan? Tidak mungkin Perlis, Kedah, Melaka dan Johor kerana mereka masih baru menjadi MB pada Mei 2013 selepas pilihanraya umum (PRU).
{baca lagi klik butang papar ... }



Adakah Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Datuk Seri Mohamad Hassan, Datuk Seri Adnan Yaakob, Datuk Seri Ahmad Said, Datuk Seri Musa Aman? Mohamad Hassan paling ‘gentleman’ antara mereka berlima. Beliau berkata kuasa melantik MB adalah kuasa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau PM suruh bersara, kita kena terima dengan lapang dada,” kata beliau. Setakat ini Zambry, Adnan dan Musa tidak bersuara. Sebaliknya yang banyak menjadi tumpuan ialah Ahmad Said.

Ahmad Said kata beliau enggan mengulas spekulasi dalam blog dan Facebook. Sebenarnya bukan blog dan Facebook yang memulakannya tetapi Mingguan Malaysia akhbar milik Umno. Apabila akhbar milik Umno yang mainkan isu ini, maka orang lebih percaya Ahmad Said akan ditukar walaupun Awang Selamat tidak menyebut nama dua MB yang terbabit.

Benarkah ada perjanjian di antara Najib dengan Ahmad Said bahawa beliau jadi MB Terengganu untuk satu tahun sahaja selepas PRU ke 13? Itu yang diperkatakan orang. Malah beliau dikatakan mengugut PM akan menarik dua ADUN BN keluar dari BN yang menyebabkan BN akan tumbang di Terengganu pada tahun lepas sekiranya PM tidak lantiknya semula sebagai MB.

Jika benar Najib mahu gugurkan Ahmad Said, adakah ugutan Ahmad Said akan terlaksana? Tergamakkah Ahmad Said melihat BN jatuh di Terengganu? Ini yang sedang difikirkan oleh Najib buruk dan baik menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.

Blogger Sayuti Omar menyifatkan Ahmad Said akan jadi macam David Moyes, Pengurus Manchester United.
Katanya, semalam Ahmad Said enggan ulas. Manakala orang yang diheret akan mengganti beliau menafikan. Orang yang dijaja ialah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia bernama Rozi Mamat. Sebelum ini orang tidak kenal siapa dia Rozi Mamat. Dia bukan tokoh yang disebut-sebut sebelum ini. Tetapi tiba-tiba namanya tersembur ke atas hari ini.

Sayuti menulis, Rozi Mamat pun sudah menggeletar bila mana namanya disebut malahan marah kepada orang yang mengheret namanya.
Tambahnya lagi, tidak mengapa, Rozi tidak perlu menggeletar dan marah-marah, orang yang bakal mengganti Ahmad Said kalau MB itu terpaksa disenjah turun, bukan Rozi Mamat, tetapi ada nama lain.

“Nama itu sudah pun dimaklumkan kepada Sultan Terengganu. Sebelum itu saya nak tanya beranikah Najib Razak tukar MB Terengganu itu? Macam mana dengan Sultan, perkenankah tidak?” soal Sayuti dalam blognya.

MstarOnline menulis keputusan pihak istana yang bakal menentukan sama ada akan berlaku pertukaran MB di beberapa buah negeri menjadi kenyataan sebagaimana yang disebut-sebut sekarang.

Walaupun PM berhak membuat perubahan ke atas kerusi tersebut tetapi kata putus istana tetap memainkan peranan dan tidak dapat diketepikan begitu sahaja.

Beberapa sumber yang dihubungi mStar Online memaklumkan, suka atau tidak, kata putus istana dalam soal kerusi MB harus diterima sebagai salah satu pra-syarat pelantikan mana-mana MB yang baharu.

“Lambat atau cepat proses pertukaran (MB) itu bergantung kepada kata putus pihak istana,” katanya lagi.

Sumber mStar Online turut mendedahkan bahawa isu mengenai pertukaran MB di beberapa buah negeri ini timbul kerana wujudnya perjanjian bersama antara MB terbabit, Barisan Nasional (BN) dan istana negeri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 yang lalu.

“Menerusi gentleman agrement itu, beberapa orang MB telah diberi peluang untuk meneruskan tanggungjawab mereka seperti biasa selepas memenangi PRU lalu, dengan syarat mereka perlu berundur selepas tempoh tertentu dan inilah yang akan berlaku sekarang,” kata sumber berkenaan.

Bilakah perubahan ini akan berlaku hanya PM sahaja yang ada jawapannya. Dua buah negeri yang disebut-sebut terikat dengan persefahaman ini ialah Terengganu dan Pahang kata mStar Online lagi.

Hanya seorang anggota Exco Terengganu, Nawi Mohamad tampil mempertahankan Ahmad Said. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Besut menyokong kewibawaan Ahmad Said untuk terus mengetuai pentadbiran Terengganu. Nawi adalah orang Ahmad Said yang menentang penyandang jawatan Ketua Bahagian, Datuk Seri Idris Jusoh dalam pertandingan Ketua Bahagian pada tahun lepas.

Sebalik-baik sahaja Idris dapat tahu Nawi mahu tanding jawatan Ketua Bahagian, beliau yang juga bekas MB bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian sahaja. Beliau buat alasan sibuk di pusat sebagai Menteri Pendidikan II dan ahli majlis tertinggi Umno yang menyebabkan beliau beri laluan kepada orang muda menjadi Ketua Bahagian.


“Pertukaran berkenaan tidak perlu dilakukan buat masa ini,” kata Nawi dalam sms kepada sebuah portal berita.

Minggu lepas sebelum Mingguan Malaysia menyiarkan pojok Awang Selamat, Ketua Umno Bahagian Marang, Latif Awang membuat pengumuman berdiri teguh di belakang Ahmad Said. Justru itu sama ada benar atau tidak Ahmad Said akan berhenti pada 11 Mei ini, sama-samalah kita tunggu.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: