Isnin, 7 April 2014

Isteri solehah kantoi berasmara dengan rakan lesbian

Naluri wanita ini lebih meminati pasangan sejenis, namun kerana mahu mendapatkan wang dengan cara mudah, dia sanggup berkahwin empat kali pada usia muda
sebelum meminta cerai selepas mengikis duit suaminya.

Modus operandi wanita cilik ini sangat licik. Berbekalkan wajah cantik dan tampak sopan dengan bertudung, dia menerima cinta mana-mana lelaki sebelum setuju
berkahwin dan menetapkan wang hantaran tinggi.

Ketika peringkat awal perkahwinan, wanita ini menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti biasa. Makan pakai, kehendak batin suami semuanya dijaga
sebelum mencari jalan melepaskan diri apabila rumah tangganya mencecah kira-kira setahun, dipercayai dipengaruhi kekasih pengkidnya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Onar wanita ini didedahkan suami keempatnya yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 32, selepas isterinya melarikan diri dari rumah sejak November lalu.

“Pada mulanya, dia menyuruh saya membeli sarapan. Apabila pulang, saya terkejut mendapati dia menghilangkan diri bersama beberapa dokumen penting miliknya.

“Saya menjadi buntu ketika itu kerana tidak tahu di mana mahu mencarinya. Selepas disiasat, rupa-rupanya dia melarikan diri dengan kekasihnya,” katanya
ketika ditemui media di sini.

Razak berkata, dia hanya engenali rakan isterinya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri.

Katanya, isterinya membawa rakannya pulang ke rumah dan hanya diperkenalkan sebagai rakan lama.

“Sepanjang setahun perkahwinan kami, saya tidak pernah mengenali rakannya. Hanya beberapa minggu sebelum Aina menghilangkan diri, baru saya mengenali wanita
terbabit. Dia berperwatakan seperti pengkid dan mereka kelihatan akrab.

“Saya menyangka mereka hanya kawan baik yang sudah lama tidak berjumpa, tetapi sebaliknya pula berlaku. Selepas Aina menghilangkan diri, saya dapati dia
dan ‘rakannya’ sering bersama, malah Aina turut memuat naik status dan gambar intim mereka berdua di laman sosial Facebook dan WhatsApp.

“Saya rasa, mereka berdua mempunyai perancangan sendiri. Jika tidak, mengapa isteri saya boleh berkahwin sebanyak tiga kali dalam beberapa tahun ini?

“Firasat saya, kedua-duanya hanya mahu menipu lelaki bagi mendapatkan wang hantaran,” katanya.-HM


Erm.. layak ke aku guna istilah tajuk solehah kepada isteri ni? Ke nak panggil apa?

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

QalamQabut berkata...

Selalunya sek songsang ni hanya diamalkan oleh orang Fuckatan saja... Betul tak?

Tanpa Nama berkata...

Betul bro.. org bn buat seks lps tu letup ngan c4

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama (7 April) , QQ bahalol tu tak tau apa benda C4 sebab otak dia ingat seks,liwat,lucah etc, kerana dia pun dilahirkan melalui rektum kemudian di'ternak' pemikirannya oleh APCOUMNO dulu kini dan selamanya.... bangang!

QalamQabut berkata...

Kalau aku ada c4, aku akan letupkan petualang negara yang asyik maki hamun dan porak perandakan negara aku Malaysia ni awal2 lagi. Peduli apa walau satu dunia nak cakap pun, janji tak keluar dah kata2 busuk dari mulutnya.

Tanpa Nama 9 April nampak familiar sangat dgn rektum. Dah jadi hobi ke? Selamat jadi pejuang LGBT!