IPOH - "Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.
Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.
Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.
"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya
Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.
Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan
sumber
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
ARTIKEL BERKAITAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
1 respon:
Isteri dan anak pemandu lori ikut tumpang bersama suami dlm lori. Adakah mereka itu pekerja? Siasat dgn Socso untuk mngetahui status pendaftaran pekerja, jika bukan ini bermakna pemandu telah melanggar permit lori yg selalu tertulis di badan kenderaan perdagangan. Pd masa yg sama lori itu tidak layak berada di lebuh raya kerana telah melanggar peraturan. Disebabkan lori menyalahi permit berada di situlah yg menjadi punca kemalangan.
Catat Ulasan