Selasa, 8 April 2014

Ini jawapan Profesor Izzi Ali mengenai isu ramas payudara pelajarnya




Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba buah dada seorang pelajarnya, pensyarah yang juga pakar motivasi
terkenal,
  • Profesor Izzi Ali
mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya.

Dihujani dengan pelbagai pertanyaan dari peminat serta pengikutnya di laman sosial, Prof Izzi bagaimanapun tidak memberi respon secara langsung terhadap
dakwaan yang mengaibkan itu.

Sebaliknya, pensyarah Matematik Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau Perlis itu sekadar meletakkan status memetik surah An-Nisaa berbunyi: “Di mana jua
kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dlm benteng yang tinggi lagi kukuh.”

Namun, tidak diketahui sama ada status tersebut mempunyai sebarang kaitan dengan kontroversi yang memalit namanya ketika ini.

Status itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai dari pengikut-pengikutnya yang mahu beliau menjawab sama ada dakwaan yang dilemparkan terhadapnya adalah
benar atau sebaliknya.

“Prof, sila kemukakan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? mohon prof terus terang,” tanya seorang pemilik akaun Facebook
bernama Mohd Syafiq.

{baca lagi klik butang papar ... }





Soalan itu mengundang reaksi daripada pemilik akaun Facebook lain yang mahukan Prof Izzi memberi respon, namun ada juga pengikutnya yang meminta semua
pihak berhati-hati kerana ada kemungkinan beliau difitnah.

Akhbar sebelum ini melaporkan mengenai kelakuan tidak senonoh seorang pensyarah instutusi pengajian tinggi yang didakwa sering mencabul kehormatan pelajarnya.

Negara kemudiannya digemparkan mengenai penyebaran satu salinan laporan yang dibuat oleh pelajar wanita di UiTM Arau, Nurul Shuhada Shahadanmengenai kelakuan pensyarahnya yang meraba payu daranya ketika berada di pejabat lelaki berkenaan.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

kampong lad berkata...

laporan polis dah dibuat, tunggu saja perbicaraan.

Tanpa Nama berkata...

Dlm kisah sejarah Nabi Yussof as menceritakan perihal seorang isteri pembesar yg gagal menggoda lalu difitnahnya Nabi Yussof as. Begitu juga dlm kehidupan seharian malah ada dijadikan plot drama. Perkara ini memang benar2 ada berlaku dlm masyarakat, sehinggakan Umee Heflidda Asli pun sanggup memfitnah. Mungkin bermotifkan dengki, dendam atau diupah oleh pihak tertentu, macam Saifool. Fitnah telah membudaya dlm masyarakat dipermangkinkan oleh Matdir. Yg sahihnya Izuddin Ali tetap macho & awet muda, spt ditahun 1995 sbg pensyarah maths ITM Dungun ketika itu.