Bekas "dalang" Demonstrasi Baling 1974, Datuk Ibrahim Ali membongkar cerita mengenai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak pernah menjadi
"hero" para petani di dalam perhimpunan yang pernah menjadi sejarah.
Lebih memeranjatkan, beliau mendedahkan bahawa Anwar sedang berada di luar negara semasa kejadian demonstrasi di Baling yang mengheret kepada tunjuk perasaan
yang lebih besar di ibu negara.
"Masa kebangkitan rakyat Baling, dia di luar negara, mahasiswa sambung tunjuk perasaan selepas Perhimpunan Baling, di Dataran Merdeka.
{baca lagi klik butang papar ... }
"Kalau tak silap saya, hari kedua,di Dataran Merdeka, barulah Anwar muncul," jelasnya mengenai penglibatan Anwar di dalam demonstrasi tersebut.
Segelintir pihak sebelum ini mendakwa bahawa Anwar pernah menjadi ketua Demonstrasi Baling 1974, seolah-olah Ketua Pembangkang itu pernah "berjasa" dan
diangkat menjadi "hero" bagi rakyat di Baling, Kedah.
Menurut Ibrahim yang juga merupakan Presiden PERKASA itu, ketika beliau sedang berucap di hadapan para pelajar universiti yang bergabung sama-sama berdemonstrasi
ketika itu, Anwar tiba-tiba muncul entah dari mana.
Memandangkan Anwar dikenali sebagai salah seorang yang hebat berpidato ketika itu, Ibrahim telah menjemput Anwar untuk menyampaikan ucapan ketika menunjuk
perasaan di sekitar kawasan masjid negara dan jalanraya di ibu negara.
Ibrahim menjelaskan bahawa Anwar akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa dan ditahan bersama mahasiswa lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
dan dirinya pula ditahan kira-kira tiga hari kemudian.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan bahawa Anwar bukan "hero" dan tidak pernah mengepalai demonstrasi memperjuang kepentingan orang di Baling.
PBO: Desprate betul si katak ni untuk terus memburukkan Anwar. sumber
tk kisah anwar ke london atau kt chow kit masa demoktrasi baling, yg pasti anwar difitnah liwat 16 tahun, ditumbuk lebam, dipenjara dan dipecat dgn zalim.
1 respon:
anwar diberkas semasa berucap dpn student.
brahim kena tangkap selepas 3 hari.
kemana berahim 2 hari sebelum tu.
brahim ni tk habis2 nk cabar populariti anwar.
tk kisah anwar ke london atau kt chow kit masa demoktrasi baling, yg pasti anwar difitnah liwat 16 tahun, ditumbuk lebam, dipenjara dan dipecat dgn zalim.
brahim boleh lawan ke merit anwar tu. Ada beran?
Catat Ulasan