Selasa, 18 Mac 2014

Zahid Hamidi tak kenal 'raja bomoh' .? Foto ini apa?

Zahid Hamidi kata dia tak kenal 'raja bomoh' | Raja Bomoh kata Zahid Hamidi ketua seni mempertahankan diri


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan beliau mengenali secara peribadi raja bomoh, Ibrahim Mat Zain yang mencetuskan kontroversi
susulan daripada upacara yang dilakukannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu.

"Saya tidak kenal dia, (bomoh) tapi yang saya tahu dia adalah orang yang memegang kelapa di bawah Pokok Sena," kata Zahid di Dewan Rakyat hari ini, ketika
menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.


Tetapi rakaman gambar yang dipetik dari screen shot video klip yang dimuat naik oleh salah seorang pengikut setia Ibrahim Mat Zin menunjukkan Zahid Hamidi
menerima "SELEMPANG PAHLAWAN MAHKOTA SETIA NEGARA" pada tahun 2005 dari tangan Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP.
{baca lagi klik butang papar ... }


Oleh itu .. siapa yang berkata benar .. mohon respon demi pencerahan dan kebenaran. Kerana penafian mengenali Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP ini diberikan
oleh Zahid Hamidi dalam parlimen pagi tadi semasa menjawab soalan yang dikemukan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena YB Dato' Mahfuz Omar.

Semalam, blog-blog dan portal melaporkan Ibrahim mendakwa beliau mengenali Zahid yang juga merupakan Naib Presiden Umno secara rapat.

Dalam dua upacara di KLIA minggu lalu, ditemani beberapa pembantu, Ibrahim melakukan ritual bertujuan “melemahkan semangat jahat supaya penyelamat dapat
menemui pesawat”.

baca lanjut di sini



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Kapten MH370 Keluarga Terdekat Anwar Ibrahim?! #MH370 #Prayformh370
Terkejut aku bila baca artikel yang ditulis oleh pengamal media baru yang tidak asing lagi di Malaysia Bro Mazidul yang mendakwa Kapten MH370 yang dikhabarkan hilang itu adalah antara keluarga rapat Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar Ibrahim. Maka gambar bayi comel ini, CUCU mereka.

Ini membongkarkan lagi pekung mereka yang mana Azizah pernah mendakwa Anwar tidak mengenali Saudara Zaharie Ahmad Shah merangkap Kapten MH370 [artikel penuh]http://daengselili.blogspot.com/2014/03/kapten-mh370-keluarga-terdekat-anwar.html?