Sabtu, 1 Mac 2014

Wakil rakyat PAS kena 'sembelih'

Ini biar jadi pengajaran tak kira PAS ke, PKR ke, UMNO ke,
kalau buat tak betul terima la balasan.

Mahkamah Tinggi memerintahkan wakil rakyat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi membayar gantirugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kes saman fitnah berhubung artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di Terengganu.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.

Pada 15 Disember 2011, Ahmad serta dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.

Peguam Helmi Hamzah, yang mewakili ketiga-tiga plaintif, memaklumkan pemberita bahawa mahkamah turut memerintahkan defendan membayar RM30,000 sebagai kos kepada Ahmad.

Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili kesemua defendan berkata mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan Mek Hawa dan Hamie Azreen atas alasan kedua-dua plaintif gagal membuktikan kes mereka terhadap defendan.

Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos kepada defendan.

Azhana berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi plaintif dan seorang saksi defendan.

Ditanya sama ada rayuan akan difail berikutan keputusan mahkamah hari ini, Azhana berkata beliau akan menunggu arahan anak guamnya.

Penyataan tuntutan plaintif menyebut Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 November.

Mereka menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk serta gantirugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah berkenaan.

- Bernama


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: