Hakim Balia Yusof berkata ia adalah keputusan sebulat suara panel hakim, demikian lapor malaysiakini.
Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.
“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.
“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.
"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.
Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.
“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”
Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.
“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”.
Peguam Karpal Singh telah memohon mitigasi tetapi dibantah oleh Shafee dengan menyatakan rayuan telah tertangguh.
Karpal menyelar kenyataan Shafee, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari
lain.
“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.
Kemudian hakim Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.”
Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.”
Anwar turut menyatakan kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.
"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka tidak mahu teruskan dengan mitigasi," katanya. ULASAN GB
TERDAHULU:
Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II.
Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan
mengenai kes itu.
Dia tidak memberikan sebarang waktu bilakah mereka akan kembali untuk memberikan penghakiman.
{baca lagi klik butang papar ... }
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan