Khamis, 6 Mac 2014

Terburai .. pegawai tinggi polis terlibat jenayah dibongkar ..!

KUALA LUMPUR - Kenaikan mendadak kadar jenayah di negara ini didakwa berpunca daripada penglibatan sesetengah individu yang bergelar polis dalam kegiatan
jenayah.

Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa penglibatan polis dalam kegiatan jenayah amat serius dan pihaknya
mempunyai bukti kukuh untuk mengheret mereka terbabit ke muka pengadilan.

"Ada anggota polis meminta wang perlindungan daripada pengedar dadah sehingga RM50,000 untuk mengelakkan kegiatan mereka dibongkar.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







"Bayangkan jika 10 orang yang membayar duit perlindungan tersebut, jumlahnya sangat besar," katanya ketika menyampaikan Forum Sudah Sampai Masanya Mereformasikan
Pasukan Polis, di sini, malam semalam..

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun akan mendedahkan bukti lengkap mengaitkan beberapa anggota polis berjawatan tinggi dengan jenayah tersebut dalam masa
terdekat.

"Saya akan kumpulkan bukti dahulu sebelum dedahkannya kepada umum kerana pendedahan saya sebelum ini pun tiada tindakan daripada pihak berkuasa," katanya.

Pada Januari lalu, Sanjeevan mendedahkan dokumen sulit dari Bukit Aman yang mengakui jenayah bukan indeks telah memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat
terhadap jenayah.

Antara jenayah bukan indeks itu ialah culik, pemerasan, ugutan jenayah dan mencederakan.

Dokumen tersebut juga telah disah dan ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Mohd Zini
sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

bnbiul berkata...

Dedah memang dah dedah pun dgn bukti yg nyata tapi kalau kepipinan kerajaan umno bn pun penuh dgn rasuah macam mana nak ambil tidakan people said 2x 5= sama saja kah kahkah buang masa dan tenaga anda sahaja. Nak selesaikan masaalah satu saja cara tukar kerajaan kepda pakatan rakyat everything settled. Fikirkanlah rakyat 1M.