Selasa, 4 Mac 2014

Selepas Azmin, kini tiba giliran Rafizi tak sebulu dengan Khalid Ibrahim?

KAJANG 3 MAC: Kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa penstrukturan industri air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya mencecah RM20
bilion, hanya suatu andaian.

“Saya ingat angka ini berpandu kepada andaian kerana ia tidak sama dengan angka yang kita buat bersama Suruhanjaya Pengurusan Aset Air Negara.

“Saya tidak mahu komen sekarang kerana selepas MoU akan timbul proses perjanjian antara kedua-dua pihak,” kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, petang
ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Rafizi yang mendakwa penstrukturan semula industri air dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan merugikan rakyat.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Rafizi pada sidang media pagi ini mendakwa penstrukturan dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan anggaran awal RM9.65 bilion.

Sehubungan itu, Abdul Khalid merancang beberapa siri penerangan terbuka mengenai memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan itu diadakan bagi memberi
lebih penjelasan.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Kajang, beliau berkata, ia perlu bagi mengelak lebih banyak spekulasi tidak tepat, timbul.

Untuk itu, Abdul Khalid, berkata Kerajaan Selangor akan meminta kelulusan Kerajaan Pusat untuk melepaskan dokumen perjanjian kepada umum melalui pertemuan
esok.

“Kebenaran itu perlu kerana dokumen berkenaan milikan bersama. Kalau itu milikan negeri sahaja, maka kita ada kuasa untuk sebar kepada umum tetapi ia melibatkan
(perjanjian) dua pihak.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: