Ahad, 2 Mac 2014

Ratah adik sendiri lepas mandi

Kuala Lumpur: Seorang pengawal keselamatan menerima pembalasan apabila dipenjara 16 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol adik perempuannya, bulan lalu.

Hakim Manira Mohd Nor memutuskan demikian terhadap lelaki berusia 28 tahun itu selepas dia mengaku melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang berusia 21 tahun itu, dalam dua kejadian berasingan yang mana ia tidak dibenarkan di bawah hukum agama.

Manira memerintahkan tertuduh dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang mana ia berjalan secara berturut-turut mulai semalam.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol adiknya di rumah mereka jam 8 pagi, pada 14 dan 16 Februari lalu. Kedua-dua kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram, yang boleh dihukum penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju-T dan seluar hitam tidak diwakili peguam, merayu mahkamah mengurangkan hukuman atas alasan menanggung ibu dan adik yang tidak bekerja sejak bapanya meninggal dunia.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzlin Abd Zawawi memohon tertuduh dikenakan hukuman berat atas alasan tertuduh abang kandung dan sepatutnya melindungi adiknya.

“Perbuatan tertuduh ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ kerana merogol adik kandung dua kali. Justeru, saya mohon mahkamah mengenakan hukuman berat supaya tertuduh sedar kesalahan yang dilakukan kerana ia bukan saja membabitkan masa depannya, malah adiknya,” katanya.

Mengikut fakta kes yang diakui benar, tertuduh dalam kejadian pertama, dikatakan menarik mangsa yang ketika itu baru selesai mandi dan keluar dari bilik air, ke dalam biliknya sebelum memaksa mangsa menanggalkan tuala.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Adik ipar ke adik kandung, yg mana satu betul ni?