Dua nahas udara pernah berlaku yang melibatkan pesawat MAS.
Kes nahas pertama dan paling teruk dalam sejarah MAS melibatkan kapal terbang MAS 653 yang terhempas di Tanjung Kupang dan mengorbankan 100 nyawa.
Pada Disember1977, kapal terbang MH 653 (Boeing 737-2H6) berlepas pada 7.21 petang dari Lapangan Terbang Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Subang di Kuala Lumpur.
Pada 7.46 petang, juruterbang Kapten G.K. Ganjoor semasa mendekati landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang melaporkan kepada menara kawalan mengenai
kehadiran seorang "perampas yang tidak dikenali" di dalam pesawat.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Insiden dilaporkan kepada serta-merta kepada pihak berkuasa yang membuat persediaan kecemasan.
Namun, beberapa minit kemudian kapten Ganjor memberitahu menara kawalan bahawa beliau akan mengalihkan perjalanan ke Singapura pula.
Malangnya, pesawat MH653 tidak berjaya mendarat di negara itu.
TANJUNG KUPANG
Nahas udara MH653 di Tanjung Kupang
Readmoreat:http://www.astroawani.com/news/show/sejarah-nahas-udara-di-malaysia-31488?cp
Rakaman suara kokpit mendedahkan suara jeritan dan bunyi pintu kokpit diceroboh. Rakaman tersebut memaparkan berlakunya kekecohan dan kakitangan keselamatan
pesawat juga kedengaran cuba mengawal pesawat.
Pada 8.15 malam, semua komunikasi dengan pesawat MH653 terputus.
Pada 8.36 malam, penduduk di Kampung Ladang, Tanjung Kupang melaporkan satu letupan dan kebakaran di paya bakau berdekatan, di mana bangkai MH653 ditemui.
Nahas tersebut meragut semua nyawa di dalam pesawat, termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan
Sri Mahfuz Khalid, dan Duta Cuba ke Jepun, Mario Garcia.
Terdapat spekulasi mengatakan bahawa Tentera Merah Jepun yang bertanggungjawab untuk rampasan pesawat tersebut, Bagaimanapun, spekulasi ini tidak pernah
disahkan.
‘Nahas udara Tawau’
Kes nahas udara kedua melibatkan MAS adalah di Tawau yang mengorbakan 34 nyawa dan mencederakan sembilan orang di darat.
Pada September 1995, pesawat Malaysian Airlines Fokker 50 terhempas ketika cuba mendarat di landasan lapangan terbang Tawau.
Pesawat dilaporkan terlajak landasan dan terhempas di kawasan perumahan berdekatan.
Saksi dan kakitangan MAS di lapangan terbang Tawau berkata mereka terdengar satu letupan yang kuat dan kapal yang terbakar tersebut merempuh 20 rumah setinggan
di Kampung Seri Menanti, berhampiran dengan lapangan kapal terbang.
tawau
Bangkai Malaysian Airlines Fokker 50 yang terhempas di Tawau pada September 1995
Readmoreat:http://www.astroawani.com/news/show/sejarah-nahas-udara-di-malaysia-31488?cp
Menurut laporan siasatan, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang mengikuti prosedur operasi standard (SOP).
Laporan itu juga menunjukkan kegagalan pembantu juruterbang untuk memberi amaran kepada kapten tentang pengendalian tidak selamat dan juga gagal mengambil
alih kawalan pesawat itu.
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada nahas itu ialah kegagalan pengawal penerbangan memberikan perkhidmatan trafik udara yang betul.
Pada bulan Oktober 2013, pesawat Twin Otter yang lebih kecil yang dikendalikan oleh MASwings, terhempas apabila mendarat di Sabah.
Pembantu juruterbang dan seorang penumpang terbunuh dalam insiden itu.
insiden MH 370
Setakat ini, nasib 239 anak kapal dan penumpang Malaysia Airlines MH370 penerbangan Kuala Lumpur-Beijing masih tidak diketahui.
Apa yang diketahui ialah pesawat terbabit merupakan sebuah Boeing 777-200 yang berusia 11.8 tahun.
Secara purata, pesawat MAS Boeing 777 mampu beroperasi selama 14.2 tahun.
Menurut
laporan AP
hari ini, Boeing 777 merupakan antara pesawat paling popular dan selamat dan berkemampuan untuk terbang selama 16 jam.
Boeing 777 mempunyai rekod keselamatan yang amat baik selama 19 tahun beroperasi sehingga tahun lepas.
Pada Julai 2013, sebuah Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Korea Selatan Asiana Airlines terhempas di landasan kapal terbang di San Francisco.
Satelit Measat milik Malaysia itu, tidakkah boleh digunakan untuk membantu mengenalpasti lokasi pesawat? Adakah perlu tajaan atau caj lain untuk menggerakkan keupayaan ini?
1 respon:
Satelit Measat milik Malaysia itu, tidakkah boleh digunakan untuk membantu mengenalpasti lokasi pesawat? Adakah perlu tajaan atau caj lain untuk menggerakkan keupayaan ini?
Catat Ulasan