Rabu, 26 Mac 2014

MH370: Solat ghaib belum perlu .. tapi kenapa?

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Majlis Fatwa Kebangsaan) memutuskan bahawa tidak perlu
solat jenazah ghaib terhadap mangsa nahas MH370 yang beragama Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, perkara itu berikutan pihak yang mencari dan menyelamat
belum menjumpai mayat dan cebisan mangsa nahas MH370.

"Oleh itu, jawatankuasa memutuskan, para penumpang dan anak kapal MH370 kini dikategorikan mafqud (anggapan orang hilang) sehingga usaha mencari dimuktamadkan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







"Muzakarah juga memutuskan pengesahan kematian hendaklah dibuat di Mahkamah Syariah bagi membolehkan pemansuhan perkahwinan, pembahagian harta faraid dan
sebagainya dilakukan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, semalam.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha.

Abd. Shukur berkata, jika menjumpai mayat atau cebisan anggota badan, maka jenazah yang beragama Islam hendaklah diuruskan seperti biasa iaitu dimandikan,
dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.

Bagaimanapun, jelasnya, jika bercampur cebisan mayat atau gagal mengenal pasti sama ada ia Islam atau tidak, maka ia hendaklah dilakukan seperti jenazah
orang Islam.

"Ketika solat dilakukan, niat wajib dikhususkan untuk orang Islam sahaja.

"Keadaan sama terpakai terhadap cebisan mayat mengelirukan atau bercampur," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, muzakarah berpendirian bahawa setiap jenazah beragama Islam bergelar sebagai syahid akhirat.

Syahid akhirat bermaksud orang dibunuh secara zalim, mati melahirkan anak termasuk orang yang mati tenggelam dan mereka mendapat pahala khusus daripada
ALLAH.

"Amalan lain seperti berdoa dan solat hajat hendak diteruskan agar pasukan menyelamat berjaya menjumpai bangkai pesawat," ujarnya.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: