Perkembangan terbaru memetik Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai mengesahkan bahawa empat penumpang
MH370 yang masih hilang menggunakan pasport palsu.
Menurut Menteri Pertahanan itu, perkembangan lanjut mengenai empat penumpang itu akan didedahkan dari semasa ke semasa selepas siasatan dijalankan.
Unit Anti Pengganas serta FBI sedang menjalankan siasatan mengenainya.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Terdahulu menurut akhbar The Guardian melaporkan dua orang lelaki yang tersenarai sebagai penumpang MH370 tidak menaiki kapal terbang tersebut.
Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.
Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya
dicuri dua tahun lalu di Thailand.
Sementara satu lagi kes pasport palsu dilaporkan melibatkan warganegara China dari Fujian yang disenarai dalam penerbangan MAS telah ditemui di rumahnya
dan dia sebenarnya tidak pernah melancong ke luar negara.
Seorang lagi kes passport palsu masih belum didedahkan identitinya.
Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 telah mencetuskan pelbagai spekulasi kerana belaku 'secara tiba-tiba'.
Spekulasi terbaru mengatakan bahawa pesawat tersebut mungkin dirampas ekoran isu pasport ini.
1 respon:
tidak patut kita kaitkan ia dgn politik kerana berlaku sehari selepas anwar dijatuh hukuman penjara.
serangan WTC dulu pun tiada kaitan politik, ia hanya satu keadaan dimana dimanipulasi oleh US utk menghalalkan serangan ke Iraq.
ia langsung tiada kena mengena politik tahap tinggi yahudi. ia semata2 isu pertanian
Catat Ulasan