Jumaat, 28 Mac 2014

MH370: Malaysia bakal cipta sejarah dunia



Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang kemungkinan akan menjadi operasi yang termahal dalam sejarah penerbangan, lapor South China Morning Post (SCMP) hari ini yang memetik saintis China.

Mereka memberi amaran bahawa bil tahunan untuk pencarian MH370 kemungkinan lebih 10 kali daripada apa yang dibelanjakan dalam pencarian pesawat Air France lima tahun dahulu.

Ia melaporkan bahawa Perancis dan Brazil membelanjakan lebih daripada 40 juta dolar (RM 131.6 juta) dalam masa dua tahun untuk membawa kembali kotak hitam daripada penerbangan 447 Air France tersebut yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik dalam perjalanan ke Paris dari Rio de Janeiro pada 2009.

berita MH370 yang hilang, perkembangan terkini MH370, pencarian pesawat MH370 yang termahal di dunia

Robot selam dihantar untuk mencari di kawasan dasar laut. Pihak berkuasa menghentikan operasi tersebut apabila mereka menjumpai 50 daripada 228 mayat penumpang.
{baca lagi klik butang papar ... }



Seorang pakar oseanografi daripada Universiti Ocean China di Qingdao Zhao Chaofang memberitahu SCMP bahawa dia menganggarkan belanja bagi pencarian MH370 sebagai sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada pencarian Air France setiap tahun.

Dia berkata 200 juta dolar (RM658 juta) setahun juga cukup makan sahaja untuk menampung pencarian tersebut.

Zhao dalam laporan tersebut berkata segelintir daripada saintis China yakin negara mereka sudahpun berbelanja beberapa juta yuan dalam usaha mencari pesawat hilang tersebut yang kini memasuki hari ke-21.

"Jika operasi ini diregangkan kepada pencarian jangka masa panjang, 200 juta dolar setahun hanya cukup makan untuk mengekalkan usaha multinasional ini," Zhai dipetik berkata.

Seorang penyelidik kanan Universiti Civil Aviation China juga bersetuju kosnya akan 'jauh melebihi' pencarian Air France.

Bagaimanapun, pakar mengatakan mereka tidak pasti akhirnya siapa yang akan membayar bil pencarian MH370.

Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum ini pernah mengajukan isu ini dan menekankan bahawa negara kita belum lagi membincangkannya dengan negara lain.

"Tiada siapa, termasuk kerajaan Malaysia atau rakan negara kami ada bercakap tentang wang atau sen," beliau dipetik berkata. "Sekarang semuanya tentang mencari pesawat itu. Hal wang belum pernah lagi kami fikirkan."

Pencarian MH370 menggandingkan 27 buah negara yang menggerakkan sumber-sumber mereka untuk membantu mencari pesawat tersebut, kata Malaysia.

China mengerahkan 10 kapal, Australia lima, Malaysia enam dan sebuah lagi daripada UK.

Zhao memberitahu SCMP bahawa setiap kapal membakar minyak sebanyak 1,000 yuan (RM530) sejam.

Selain itu, kos bagi satelit akan melambungkan lagi kos pencarian. China, kata Zhao, sudah menggunakan lebih 20 satelit dalam mencari pesawat tersebut.

Setiap satelit tersebut bernilai 400 juta yuan (RM212 juta) dengan purata jangka hayat selama empat tahun, dan sudah mengumpul kos kira-kira satu bilion yuan (RM530 juta).

Laporan SCMP tersebut mengatakan tiada protokol antarabangsa yang membahagikan kos siasatan kemalangan buat masa ini.

Menurut seorang zamalah kanan daripada S Rajaratnam School of International Studies, Universiti Teknologi Nanyang Singapura, Oh Ei Sun yang juga bekas setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata secara teorinya, kos sepatutnya dibayar oleh negara yang mengetuai siasatan.

Tetapi secara praktikalnya, rakan negara akan membantu dengan kos untuk menunjukkan keikhlasan mereka.

Pencarian pesawat hilang itu kini ditumpukan di Lautan Hindi di mana beberapa satelit merakam imej-imej yang berkemungkinan serpihan daripada pesawat tersebut.

Terbaru tentangnya adalah satelit Jepun yang menunjukkan imej 10 objek terapung sekitar Australia, kemungkinan berasal daripada penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Objek tersebut dikesan di perairan kira-kira 2,500 kilometer selatan barat Perth, menurut agensi berita Kyodo dan Jiji.

Kajian Cabinet Satellite Intelligence Center dari Jepun menunjukkan objek sepanjang lapan meter dan lebar empat meter di dalam imej yang dirakam satelit pada Rabu, kata Kyodo.

Ini merupakan penemuan satelit yang keenam kemungkinan serpihan pesawat itu yang hilang daripada radar pada 8 Mac.

Sumber kerajaan mengatakan ia mungkin sebahagian bangkai pesawat hilang itu kerana kawasan di mana ia dijumpai bertindih dengan kawasan di mana serpihan pesawat ditemui sebelum ini.

Semalam, satelit Thai melaporkan mengesan 300 objek terapung kira-kira 200 kilometer selatan barat di mana pesawat dan kapal antarabangsa sedang mencari serpihan pesawat Boeing 777-200ER itu.

Sehingga kini, pasukan pencari belum lagi dapat mengembalikan mana-mana serpihan pesawat.

Pesawat dan kapal meneruskan dengan pencarian hari ini untuk bangkai pesawat MH370 selepas cuaca reda.

Angkatan pesawat yang dihantar dari Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat terpaksa patah balik ke Perth semalam apabila ribut petir dan angin kuat melanda Lautan Hindi, walaupun lima kapal tetap di kedudukannya.

Najib pada malam Isnin mengumumkan pesawat MH370 dengan 239 penumpang mengakhiri perjalanannya di Lautan Hindi.

Malaysia Airlines mengatakan tiada yang terselamat, tetapi ahli keluarga yang sedang bersedih menuntut bukti pesawat tersebut betul-betul sudah terhempas dan membunuh semua penumpang.

Pencarian pesawat Malaysia merupakan yang terpanjang dalam sejarah pesawat penumpang.

Rekod terdahulu adalah pencarian 10 hari untuk Beoeing 737-400 daripada PT Adam Skyconnection Airlines Indonesia yang hilang di perairan pulau Sulawesi negara itu pada 1 Januari, 2007. – 28 Mac, 2014.
sumber

Artikel Berkaitan



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: