Rabu, 12 Mac 2014

MH370: (Gambar) Pilot MAS benarkan dua wanita masuk ke kokpit?

KUALA LUMPUR: Satu siasatan dalaman sedang dijalankan oleh Malaysia Airlines ke atas dakwaan yang dibuat dalam program televisyen Australia bahawa krew penerbangan MH370 yang hilang telah menjemput dua orang wanita masuk ke dalam kokpit semasa penerbangan Kuala Lumpur-Phuket pada 2011.

Dakwaan dibuat oleh Jonti Roos dalam program 'A Current Affair' itu turut memaparkan gambar-gambarnya bersama seorang lagi rakan, Jaan Maree, di dalam kokpit.

Menerusi program itu Jonti berkata dia dibenarkan untuk berada di dalam kokpit bersama-sama dengan rakannya sepanjang penerbangan yang memakan masa satu jam.
{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini








Dia seterusnya berkata semasa penerbangan pada Disember 2011, krew berkenaan turut bergambar dengan mereka.

Malaysia Airlines enggan mengulas sehingga siasatan selesai.

Penerbangan MH370, menggunakan pesawat B777-200 bertolak dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi pada 8 Mac.

Ia dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penyelamat antarabangsa masih mencari pesawat enjin berkembar yang membawa 239 orang di atas kapal. -Agensi

sumber

p.s: gambar aku da buang. kalau korang nak tengok cari sendiri dalam google.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

cari mana MH370, xpayah dok siasat crita lama-lama tu!

Tanpa Nama berkata...

tkde apa yg lucah kan... bukan isu

Ana Awang berkata...

sedangkan sperma senang je kerajaan cari..kenapa kapal terbang susah plak nak cari...allah maha mengetahui dan berkuasa

Tanpa Nama berkata...

sedangkan sperma senang cari..kenapa kapal terbang susah plak nak cari..selalu x der bukti pun blh ade2kan bukti....skrg baru tahu Allah lebih mengetahui dan maha besar