Pelakon lagak ngeri, Jet Li telah dilaporkan telah menjadi salah seorang daripada 227 penumpang yang terlibat dalam insiden misteri kehilangan pesawat MH370.
“Kami sangat sedih dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Ju Kun yang merupakan salah seorang daripada penumpang merupakan sebahagian daripada produksi kami dan seorang yang berbakat. Ingatan dan doa kami adalah bersama keluarganya dalam tempoh yang sukar ini,” dipetik dari Netflix dan The Weinstein Company.
{baca lagi klik butang papar ... }
Jet Li dikatakan baru sahaja menghabiskan tugasannya di Pinewood Studios, Johor Bahru dan telah mengambil penerbangan ke Beijing untuk pulang ke rumah.
Seorang pakar seni pertahanan diri, pelakon lagak ngeri dan juga merupakan pembantu koreografer yang sangat berpengalaman ini telah berada di Malaysia untuk siri Marco Polo oleh John Fusco dan terbitan dua syarikat berkenaan yang dijangka memulakan penggambaran dalam tempoh tiga minggu lagi.
“Kami semua di Malaysia sangat sedih dengan penantian ini. Ju Kun adalah seorang yang penting dan disayangi oleh keluarga Marco Polo dan bagi pihak Harvey Weinstein dan Netflix, kami sangat terkejut dengan berita ini. “Buat masa sekarang kami akan bersama isterinya, Li Ping yang berada di Kuala Lumpur bagi memberi sokongan. Doa kami juga diberikan kepada semua penumpang lain dan keluarga mereka,” kata Fusco.
NOTA PEMBETULAN:
SETUJU DENGAN
Tanpa Nama30 Mac 2014 1:49 PTG
Bukan Jet Li tapi stuntman 'body double' utk Jet Li, Ju Kun. Seorang kungfu master, jadi double utk Jet Li dlm filem Fearless dan The Expendables, juga dlm Man of Tai Chi bersama Keanu Reeves.
Bukan Jet Li tapi stuntman 'body double' utk Jet Li, Ju Kun. Seorang kungfu master, jadi double utk Jet Li dlm filem Fearless dan The Expendables, juga dlm Man of Tai Chi bersama Keanu Reeves.
1 respon:
Bukan Jet Li tapi stuntman 'body double' utk Jet Li, Ju Kun. Seorang kungfu master, jadi double utk Jet Li dlm filem Fearless dan The Expendables, juga dlm Man of Tai Chi bersama Keanu Reeves.
Catat Ulasan