Jumaat, 28 Mac 2014

Jangan tak percaya, hutang isu rumah rakyat Malaysia berjumlah RM850 billion!

Sebanyak 61.8 peratus atau RM527.6 bilion daripada keseluruhan hutang isi rumah rakyat Malaysia disumbangkan oleh hutang pinjaman
pembelian kediaman dan kenderaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah hutang terkumpul sebanyak RM854.3 bilion sehingga 2013, sebanyak RM377.7 bilion
atau 44.2 peratus digunakan oleh isi rumah untuk membeli rumah manakala sebanyak RM149.9 bilion (17.6 peratus) untuk pembelian kenderaan.

Katanya, sebanyak RM141.5 bilion (16.6 peratus) lagi adalah hutang pinjaman peribadi dan RM65.2 bilion (7.6 peratus) disumbangkan oleh pinjaman pembelian
harta bukan kediaman.

"Hutang bagi pembelian pelbagai saham atau sekuriti pula sebanyak RM54.9 bilion (6.4 peratus), kad kredit RM35.5 bilion (4.2 peratus) dan tujuan lain seperti
kelengkapan rumah sebanyak RM29.6 bilion (3.5 peratus)," katanya.
{baca lagi klik butang papar ... }



Beliau menjawab soalan daripada Dr. Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang bertanyakan jumlah hutang isi rumah mengikut jenis hutang dan kadar KDNK di Dewan Rakyat
di sini hari ini.

Laporan Tahunan 2013 Bank Negara Malaysia (BNM) pada minggu lalu mendedahkan tahap hutang isi rumah negara ini berjumlah RM854.3 bilion yang merupakan
86.8 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Hutang isi rumah merupakan nilai terkumpul pinjaman yang dilakukan oleh setiap isi rumah domestik merangkumi pinjaman pembelian perumahan, kenderaan, pinjaman
peribadi, pembelian saham dan kad kredit.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: