Selasa, 4 Mac 2014

Bukti Anwar Ibrahim bersifat dajjal!!

Hendak saja gua balas kenyataan begini yang sesedap hati menyatakan kekhuatiran bahawa Anwar ada ciri-ciri Dajjal.

Kalau berani habaq mai satu-satu ciri Dajjal yang ada pada Anwar Ibrahim lepas itu kita bandingkan kewujudan sifat-sifat tersebut pada diri pemimpin sanjungan NGO Islam.

Masyarakat Malaysia tidak buta Islam. Tak payah nak terang panjang lebar peri hal Dajjal. Baca di blog para ustaz pun banyak.

Dalam pembangkang terdapat ribuan ilmuan Islam yang boleh menghujahkan bahawa ciri-ciri Dajjal itu terdapat lebih ketara pada pemimpin lain yang mengaku Islam. Apa macam, Setuju?
Nah baca apa kata NGO Islam,
{baca lagi klik butang papar ... }



Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam melahirkan rasa bimbang kerana menyifatkan ideologi yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai persamaan kepada sifat-sifat 'kedajjalan'.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan dan kepercayaan Anwar juga dilihat jauh menyimpang daripada akidah Islam serta pegangan syariat Islam.

"Kami tidak mahu menyentuh bab akhlak, tetapi di kalangan NGO jika bincangkan mengenainya, apa yang kita khuatir ialah beliau mempunyai sifat-sifat kedajjalan.
"Kita tidak mengata seseorang itu sebagai dajjal, tetapi sikap-sikap kedajjalan tersebut dan terpulang kepada sesiapa untuk menggunakan akal dan melihat adakah terdapat sifat-sifat tersebut pada di mereka(pembangkang)," katanya kepada sidang media di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.
Hadir Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.
Aidit menjelaskan, pihaknya tidak membuat dakwaan tetapi mengajak rakyat di Malaysia mengkaji dan menggunakan akal mengenai perkara tersebut.( wakaka paler wotak lu)
Katanya, terdapat 10 ciri-ciri ideologi dan pegangan yang jika diamalkan mampu menyesatkan dan menghampiri ciri-ciri dajjal. (Sepatutnya dia sertakan bukti . mengapa cakpa sipi-sipi)
"Kami di dalam NGO Islam membuat kajian berdasarkan ilmu dan hujah, jadi kami ingin berhujah dan mengajak masyarakat berfikir kerana terdapat segelintir masyarakat yang terlalu taksub sehingga berhujah menggunakan emosi. (apa hujah yang kalian ada?)
"Antara ciri-cirinya adalah mereka yang membawa ideologi seperti ini akan menyesuaikan hukum Allah berdasarkan akal dan kepentingan diri, selain mempunyai minat terhadap tarikan dunia seperti kekayaan, syahwat songsang dan meringankan yang haram.
"Sifat-sifat yang lain adalah mereka ini gemar mencabar ketuhanan dan kita boleh lihat perkara ini melalui pendapat bahawa semua agama tersebut sama rata dan yang paling penting mereka ini suka memutar belitkan kebenaran," ujarnya. -rakyatnews
Gua nak tanya Siapa manusia malaysia kaya dengan hasil judi, hidup mewah dengan segala penyelewengan, sebesar mana kekayaan Anwar Ibrahim berbanding geng-geng makan hasil haram .

Jika benar Anwar kaya berpakah kekayaannya, adakah sampai satu per dua puluh (1/20) daripada kekayaan para menteri yang enggan mengisytihar harta?

Syahwat songsang adalah sekadar tuduhan. Tidak siapa dapat membuktikannya dengan sahih. Tuduhan liwat pertama Anwar tidak bersalah, Tuduhan liwat kedua juga Anwar tidak berslaah.

So siapa yang ada selera seks songsang. Apakah NGO Islam boleh membuktikannya jika Anwar adalah ornag yang dimaksudkannya?

Bab meringankan yang haram tu sebenarnya siapa? Adakah NGO Islam tujukan kepada Kassim Ahmad dan penyokongnya?.

Meringankan yang haram tu kerja siapa? Anwar dan PR atau kerajaan sekarang dalam memenuhi kehendak negara mengikut acuan mereka? Contoh mudah adalah sukan renang dan gimnastik wanita.

Ingat apa kata Khairy Jamaluddin? Ulama makan gaji tak keluar fatwa. menteri jaga agama pun tak keluar arahan apa-apa? so siapa sebenarnya yang NGO Islam maksudkan?

Gua nak tanya NGO Islam bila dan siapa yang mencabar ketuhanan? Agama sama rata? Ada Anwar berkata demikian? atau sesiapa sahaja dalam pakatan rakyat? Jika ada sila buktikan... kalau setakat ucapan yang diputarbelit gua dah banyak baca... gua nak yang direct to the point. Adakah NGO Islam ada bukti itu?


Dan yang paling gua respek kat NGO Islam ialah pernyataan "Pihaknya tidak membuat dakwaan "


! Gendang Perang

PBO: siapa sebenar dajjal?


sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: