Cuma aku sebagai pendokong pakatan rakyat tertanya - Tanya apakah sesuai masa sekarang Khalid Ibrahim mengumumkan untuk mencabar musuhnya Azmin Ali dalam pemilihan bulan April nanti?
Kata Lim Kit Siang mengenai pilihanraya kecil DUN Kajang ..
“Ada kebimbangan melihat perkembangan Pakatan dan PKR di Selangor kebelakangan ini. Musuh sebenar Anwar bukan calon BN atau pun Bebas, tetapi perselisihan dalaman parti.
Memang munasabah kebimbangan LKS dalam isu PKR dan pilihanraya DUN Kajang. Malah dari tulusan aku yang lepas - lepas juga cukup bimbang dengan scenario 'rebut kuasa' antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim.
Cerita sebenar MB Khalid Ibrahim bakal diganti Azmin Ali - 28 Oktober 2013
Azmin Jangan jadi pengkhianat! 10 Mei 2013
Bagi aku, Khalid Ibrahim tidak wajar menbuat 'perang psikologi' sekarang kerana focus utama adalah untuk menang PRK DUN Kajang!
Dalam sinar harian Khalid Ibrahim berkata;
"Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.
"Kalau kita kalah di Kajang malulah saya, bagaimana harapan rakyat dan saya nak jadi timbalan presiden PKR," katanya pada Majlis Kasih Bertaut, di kediaman rasminya, malam ini.
Namun apakah air liur Khalid Ibrahim di atas dapat menutup bibit - bibit perang dan perpecahan antara kem Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali?
Sekarang kedua - dua pasukan sedang dalam proses mempersiapkan kempen pemilihan PKR. Musuh melihat ini satu peluang bukan ancaman. Anwar Ibrahim terkial - kial dalam usaha untuk menang besar di DUN Kajang.
Anwar tidak mahu sekadar menang dengan majority biasa, malah Anwar tidak akan percaya kalau dia kalah dalam PRK Kajang!
Bagaimana reaksi pengundi melayu dalam isu ini? Semuanya akan ditejemahkan selepas keputusan akhir PRK Kajang nanti. Cuma aku rasakan pengundi mula mual dan loya dengan politik sebegini!
Kembali kepada isu apakah ini masa yang sesuai untuk membuat pengumuman menentang Azmin Ali?
Khalid dalam MStar berkata ;
"Namun kita harus fokus kepada PRK Dun Kajang terlebih dahulu, jangan terlalu kempen saya untuk jawatan timbalan presiden.
Sebenarnya kalau Khalid belum buat pengumuman tiada siapa yang akan mula gerak kempen. Tapi bila Khalid dah buat pengumuman, akan segeralah meloncat penyokong kedua - dua belah pihak.
Bertambah kalut lagi bagi penyokong yang ada kepentingan peribadi. kipas jangan tak kipas!!
Mudah cakap aku tak setuju Khalid Ibrahim umum sekarang. Dan aku tak setuju kalau Azmin Ali menganggu kerja KhalidIbrahim sebagai Menteri Besar!
5 artikel pilihan pembaca hari ini
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan