Ahad, 9 Mac 2014

Amaran AS mengenai ancaman bom kasut ada kaitan dengan misteri kehilangan pesaawat MH370?

WASHINGTON 9 Mac - Bekas pakar keselamatan pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Kip Hawley menyuarakan kebimbangan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370mungkin ada kaitan dengan amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa AS tentang ancaman bom kasut pada bulan lalu.

Meskipun tiada bukti menunjukkan unsur keganasan dalam kes terbabit, Hawley berkata, identiti dua penumpang yang menggunakan pasport curi untuk menaiki pesawat tersebut menimbulkan syak bahawa insiden tersebut mungkin ada kaitan dengan pengganas.
Beliau turut berharap pihak berkuasa AS akan bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan China bagi meneliti proses imbasan di pusat pemeriksaan bagi mengesan bahan letupan yang disembunyikan di dalam kasut.

Bulan lalu, pihak keselamatan AS memberi amaran kepada syarikat penerbangan di seluruh dunia tentang ancaman bom kasut.

-Agensi

baca juga;

#MH370: Serius .. apa makna bila penumpang guna empat passport palsu!!

# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: