Sabtu, 22 Mac 2014

Akhirnya JDT didenda

PETALING JAYA - Sesudah Pahang, Selangor, Perak dan Terengganu dikenakan denda yang berjumlah RM75,000 pada 13 Mac lalu, kini giliran Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan pula dihukum oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan liar penyokong pada perlawanan sulung Liga Super, 18 Januari lalu.

JDT didenda RM19,458.14 secara keseluruhan setelah bersalah di bawah tiga tuduhan berbeza, sementara Kelantan didenda RM15,000 atas tiga kesalahan.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Ednan Othman, semua pa­sukan boleh dikenakan hukuman yang ­lebih tinggi iaitu hingga mencecah RM100,000 namun atas budi bicara pihaknya, hukuman itu diringankan hingga RM5,000 bagi setiap jenis kesalahan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







"JDT didapati bersalah dalam perlawanan berdepan Perak, 18 Januari lalu (Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin) atas tiga pertuduhan berlainan iaitu penyokongnya telah membaling batu ke arah kereta pengurus pasukan Perak, Datuk Azhar Ahmad sehingga cermin keretanya pecah.

"Kesalahan kedua adalah menya­lakan asap di luar stadium...walaupun di luar masih tidak dibolehkan dan kesalahan ketiga disebabkan gagal mengambil langkah-langkah pencegahan keselamatan.

"JDT pada mulanya tidak mengakui kesalahan itu tetapi akhirnya mengubah pengakuan. Bagi pertuduhan pertama, denda minimum sebenarnya RM50,000 namun berdasarkan budi bicara pengerusi, mereka didenda RM5,000 sahaja dan perlu menanggung kos kerosakan kereta Datuk Azhar iaitu RM4,458.14.

"Bagi kesalahan membakar suar, mereka didenda RM5,000 walaupun hukuman maksimum adalah RM100,000 dan kesalahan ter­akhir juga RM5,000 di samping kos mesyuarat," katanya pada sidang akhbar selepas persidangan Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM di sini semalam.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), pula didapati bersalah ke­rana sikap penyokong yang membakar flash card dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap FAM selain gagal mengambil langkah-langkah keselamatan.

"Bagi setiap kesalahan, mereka didenda RM5,000 yang menjadikan jumlah keseluruhan RM15,000," katanya.

Bagaimanapun, wartawan yang hadir semalam hampa apabila dakwaan ke atas Luciano Figueroa dan Pablo Aimar ditangguhkan walaupun Pengerusi Jawatankusa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak kelmarin memberitahu Utusan Malaysia bahawa kes kedua-dua bintang JDT akan dibicarakan.

Kedua-dua pemain dari Argentina itu didakwa mengeluarkan kata-kata berbau perkauman kepada pemain Pahang, Damion Stewart dalam perlawanan di Kuantan pada 7 Februari lalu.

Sebaliknya, Ednan berkata, kes itu berkemungkinan akan didengar pada minggu hadapan bersama-sama ‘insiden terowong’ ketika menuju bilik persalinan pemain di Stadium Larkin.

"Kes ini berprofil tinggi dan ba­nyak saksi perlu dipanggil. Datuk Taufek sendiri akan mempengerusikan mesyuarat itu," katanya, yang memberitahu tarikh sebenar kes itu akan dibicara belum ditetapkan.

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

mohd.azrul berkata...

Jdt.kena.denda.habis.pahang.dn.selangor.bakar.suar.fam.tak.nampak.betul.lah.fam.bangsat.

Tanpa Nama berkata...

Kes terowong di stadium Larkin itu, buat macam tak ada kes sudahlah. Jika ada pegawai menegur persatuan, ambil tindakan keras dgn menggantung 12 tahun.