Najib menjadi Perdana Menteri yang paling tidak dihormati rakyat didalam sejarah negara. Disamping dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia kerana kegagalan beliau mengawal kenaikan harga barang, Najib juga dilihat ditolak oleh majoriti ahli ahli partinya sendiri.
Yang kelihatan masih bersabar dengan ketidakupayaan Najib dalam memimpin megara hanyalah terdiri daripada pemimpin pemimpin umno diperingkat negeri dan bahagian.
Najib dilihat terpaksa menggunakan peruntukan yang agak banyak dalam membaik pulih namanya yang kini semakin menanah. Beberapa blogger upahan terpaksa dibayar untuk memuji muji kehebatannya malah blogger blogger ini juga diarahkan untuk memuji muji Rosmah sebagai "wanita pertama" yang banyak berjasa kepada negara.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Isu isu Najib dan keluarganya seolah olah tidak dapat ditutup lagi. Satu persatu Najib dimalukan. Ada juga yang mengatakan isu isu panas ini dibuka oleh orang orang umno sendiri yang telah ditaja oleh seseorang.
Nama yang disebut sebut sebagai tangan ghaib dibelakang semua itu adalah Dr Mahathir. Dr Mahathir sendiri telah menafikan berkali kali didalam media dan blog nya sendiri akan keterlibatannya dalam cubaan untuk menyingkirkan Najib dipersada kepimpinan.
Sebilangan ahli ahli umno nampaknya menyokong penuh untuk menyingkirkan Najib dengan membantu secara sukarela mengongsi artikel dan statement statement panas Dr Mahathir menegur Najib.
Hampir kelihatan Najib tidak mampu untuk bernafas dalam menghadapi kemelut dalam umno ini. Namun begitu Najib dilihat menggunakan "talian hayat" apabila secara tiba tiba mengumumkan untuk mempertimbangkan berbaik baik dengan Anwar dengan menggunakan jambatan yang tersedia ada diantara Zahid Hamidi dan Anwar.
Buat seketika penyokong penyokong ultra Mahathir dilihat tergamam seketika. Ini mungkin salah satu signal yang dihantar oleh Najib kepada Mahathir. Mungkin maksud signal itu ialah... "Sekiranya kamu kacau aku, aku akan bersekongkol dengan musuh kuat kamu...."
0 respon:
Catat Ulasan