Ada hati nak jadi Perdana Menteri .. pui .. lawan parlimen Pasir Mas pun kalah .. Dulu menang pun sebab ehsan PAS. Kalau tak dah lama la terpesorok dalam tempurung.
Ibrahim Ali kata dia 1000 lebih baik dari Anwar. Gurauan ke tu. Tak lawak pun. Meluat ada lagi la. Jadi kita nak tunggu juga kalau dia nak calonkan diri untuk lawan dengan Anwar. Ada berani ke. Jangan dok ong onng ong je. Lawan la kalau berani hahahha.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata beliau sebenarnya lebih layak untuk menjadi perdana menteri berbanding dengan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Ibrahim menyifatkan beliau 1,000 kali lebih bagus daripada ketua umum PKR itu dari segi moral dan perangai serta boleh menjalankan tugas lebih baik daripada Anwar sebagai perdana menteri Malaysia.
“Sekiranya anda mahukan perdana menteri dan tidak suka dengan calon sedia ada, Ibrahim Ali juga boleh jadi perdana menteri,” katanya dalam program penyerahan pelantikan baru jawatankuasa kepimpinan Perkasa negeri di Seamo-Rescam, di Pulau Pinang hari ini.
Ucapan presiden Perkasa itu ia disambut oleh gelak ketawa kira-kira 100 ahli Perkasa yang hadir dalam program tersebut.
Katanya lagi, antara beliau dan Anwar masing-masing mempunyai kelayakan sama rata dari segi pendidikan dan juga pengalaman berucap dalam pelbagai pentas tempatan dan antarabangsa.
“Jadi bermula esok, saya adalah bakal perdana menteri bukan Anwar. Saya hanya mahu berlawan dengan Anwar, yang lain saya tidak tidak kisah.
“Saya tahu saya lebih baik daripada beliau. Anwar menjadi popular ketika zaman mudanya kerana saya yang banyak menguruskan dan memberi publisiti kepadanya daripada belakang tabir pada tahun 1970an apabila ketika itu kami menjadi pemimpin pelajar,” katanya.
Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga turut menyelar Anwar sambil menggelar pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu sebagai “berdarah munafik kelas pertama”.
“Saya perlu berkata demikian demi kepentingan negara. Anwar merasakan dirinya seperti manusia luar biasa seolah-olah tiada siapa lagi yang boleh mencabarnya.
“Dari zaman belajar lagi sehingga sekarang beliau cuba mencari masalah dengan orang lain. Dia (Anwar) sudah mendapat semuanya namun masih tidak berpuas hati,” katanya.
Selain itu, Ibrahim turut mendakwa beliau mengenali Anwar dari dalam dan luar namun pemimpin itu tidak berani mencari pasal dengannya kerana presiden Perkasa itu menyifatkan dirinya adalah seorang yang garang.
Kenyataan Ibrahim itu turut mengundang gelak tawa kepada hadirin dan beliau juga menambah Anwar lebih suka kepada mereka yang berdahi licin.
Jadi sekarang, gelanggang dah dibuka. Tunggu ko masuk je. Jangan la kau pusing sana sini .. tunjukkan kejantanan ko depan rakyat. Bukan sekadar ahli PERKASAM saja.
Ko memang 1000 kali lebih katak dari Anwar .. tak gitu bang? sumber
memang berahim katak 100 kali lebih baik dpd anwar.....dari segi lompatan katak, dr segi ckp besar tp kosong, dr segi rajin masuk hospital, dr segi suka ponteng perhimpunan lawan bersih.
yg paling utama berahim 1000 kali lebih baik lawaknya daripada senario. anwar ni serius sgt lah... hihihihih
1 respon:
memang berahim katak 100 kali lebih baik dpd anwar.....dari segi lompatan katak, dr segi ckp besar tp kosong, dr segi rajin masuk hospital, dr segi suka ponteng perhimpunan lawan bersih.
yg paling utama berahim 1000 kali lebih baik lawaknya daripada senario. anwar ni serius sgt lah... hihihihih
Catat Ulasan