Bikin malu saja. Kalau tak nak tampar, boleh saja kalau nak lumur darah ayam pada muka pemimpin mereka. Manakan tidak, saban hari melaungkan demokrasi terbaik, tapi hakikatnya demokrasi suara dalam akhbar jatuh tercorot.
Sangat tercorot dengan ranking terbaru kebebasan akhbar Negara jatuh ke tangga 147 dari 180 Negara. Sudahlah main bola pun jatuh teruk, kebebasan akhbar pun tak bagus juga.
Sekarang kita Tanya macai, demokrasi jenis apa macam ni? Demokrasi zaman batu?
Kalau FAM yang tak boleh dikritik menyebabkan salah satu sebab kenapa bola sepak Malaysia menjunam, maka sama saja dengan indeks kebebasan media Malaysia. Kalau semuanya yes man, angguk - angguk, main jilat saja, macam mana naktahu kelemahan pentadbiran .. semuanya ok belaka. Sebab tu Negara tak maju-maju.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2014 yang dikeluarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) di Perancis semalam merosot dua anak tangga ke-147 daripada 180 negara yang disenaraikan.
"Sungguh mengaibkan! Dakwaan perdana menteri bahawa Malaysia mempunyai 'demokrasi terbaik di dunia' tergugat apabila kedudukan kita dalam Indeks Kebebasan Media 2014 adalah paling corot dalam sejarah negara, malah lebih rendah daripada Myanmar," katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Kedudukan itu meletakkan Malaysia di bawah negara lain yang kurang membangun seperti Bangadesh (146), Myanmar (145) dan Cambodia (144).
Pada 2013, Malaysia sudah pun jatuh ke kedudukan tercorot, iaitu di tangga ke-145 daripada 179 buah negara dalam Indeks Kebebasan Media 2013 – pencapaian terburuk sejak indeks tahunan RSF diperkenalkan pada 2002.
Malaysia terjunam 23 anak tangga pada 2013 memandangkan negara ini diletakkan di tangga ke-122 pada 2011/2012 untuk Indeks Kebebasan Media.
"Dalam Indeks Kebebasan Media 2014 yang baru saja diterbitkan, Malaysia tersungkur lebih jauh ke bawah, iaitu di tangga ke-147 daripada 180 negara, iaitu dua anak tangga di belakang Myanmar yang kedudukannya meningkat ke tangga ke-145 setelah menduduki tangga ke-151 pada tahun lalu.
"Negara Asean yang pencapaiannya mengatasi Malaysia adalah Brunei (117), Thailand (130), Indonesia (132), Kemboja (144) dan Myanmar (145). Filipina menduduki tangga ke-149, Singapura di tangga ke-150, Laos (171) dan Vietnam (174)," katanya yang juga ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media 2014 mungkin di bawah Filipina dan Singapura jika diambil kira tindakan terbaru kerajaan menekan kebebasan media, iaitu pembatalan permit penerbitan FZ Daily, hanya beberapa jam selepas penerbit The Edge Communications Sdn Bhd diberikan izin oleh mahkamah untuk memulakan prosiding terhadap Kementerian Dalam Negeri yang menangguhkan pemberian permit kepada FZ Daily.
Pada 2006, kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media agak baik, iaitu di tangga ke-92.
"Di bawah kepimpinan Najib Malaysia terperangkap di tangga seperempat tercorot di kalangan 180 negara yang dinilai.
"Bolehkah kita mengharapkan penjelasan daripada Najib selepas mesyuarat Kabinet hari ini mengapa beliau memungkiri janji untuk menjadikan Maaysia sebagai “demokrasi terbaik di dunia” apabila negara ini ditempatkan di tangga paling corot sejak 12 tahun lalu dalam Indeks Kebebasan Media sehingga diatasi oleh Myanmar yang dianggap sebagai negara demokrasi terburuk di kalangan negara Asean,” katanya. - 12 Febuari, 2014.
# Bangladesh lebih baik satu anak tangga dari kita. Najib jom hari-hari makan #kangkung. Memang tak boleh pakai. Sebarkan biar rakyat tahu cerita sebenar. Bukan sekadar di bawah tempurung media pengampu .. sumber
0 respon:
Catat Ulasan