"Kemudiaan Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata kamu tidak kenal Anwar, kamu tidak kenal dia, Anwar kalau dia ambil menteri besar, nazak Umno," kata Anwar menjelaskan situasi yang berlaku semasa mesyuarat tersebut.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Tun Dr Mahathir mengadakan mesyuarat khas kerana Langkah Kajang yang dilaksanakan PKR. Gambar fail.Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan "Langkah Kajang" yang direncanakan sebagai berhasil kerana berjaya mengejutkan kembali pemimpin tua yang sudah pencen dalam Umno.
Ketua umum PKR itu berkata, rancangan tersebut menyebabkan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad terpaksa memanggil satu mesyuarat khas untuk membincangkannya.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
"Strategi kita ini mengejutkan, saudara tahu tak Dr Mahathir panggil mesyuarat khas? Penat-penat dia, dengar Anwar Ibrahim nak pergi Selangor sampai kena panggil mesyuarat," kata Anwar semasa berucap merasmikan bilik gerakan PKR di Kota Cheras, malam tadi.
"Yang lama-lama semua, semua datang... yang pencen-pencen semua datang,” katanya.
Anwar berkata, bukan sahaja Dr Mahathir yang terkejut malahan bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin juga mengakui bahaya yang mungkin dihadapi Umno.
"Semasa mesyuarat itu, seorang bangkit berkata Anwar bertanding Kajang sebab nak jadi menteri besar, tak boleh jadi perdana menteri jadi menteri besar sajalah. Apa dia boleh buat.
"Kemudiaan Tun Daim Zainuddin bangun, dia marah. Dia kata kamu tidak kenal Anwar, kamu tidak kenal dia, Anwar kalau dia ambil menteri besar, nazak Umno," kata Anwar menjelaskan situasi yang berlaku semasa mesyuarat tersebut.
Ketua pembangkang itu berkata, kebimbangan yang disuarakan oleh Dr Mahathir dan Daim membuktikan "Langkah Kajang" berjaya mencuit kebimbangan dua individu berpengaruh dalam Umno.
"Maknanya, strategi kita ini, 'Kajang Move' ini maksudnya, betul.
"Strategi ini bagi kejutan," katanya.
Anwar berkata, tujuan utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan bagi mempertahankan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) daripada terus diserang dan diasak oleh pemimpin Umno dan badan bukan kerajaan (NGO) yang rapat dengan parti itu tersebut seperti Perkasa.
Dr Mahathir sebelum ini mengakui beliau sememangnya takut sekiranya bekas timbalannya, itu menjadi menteri besar Selangor.
Dr Mahathir berkata, kejayaan Anwar memegang tampuk kuasa di Selangor akan sekali gus menyebabkan kakitangannya tidak selamat.
"Orang ramai tidak akan berasa selamat sekiranya Anwar menjadi menteri besar kerana pelakuannya yang 'tidak bermoral'.
"Kakitangan beliau juga tidak selamat," kata Dr Mahathir pada sidang media di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor minggu lalu.
Selain itu, Dr Mahathir yang merupakan bekas presiden Umno berkata, Anwar tidak layak menjadi menteri besar kerana hanya mementingkan jawatan, bukan untuk memperjuangkan bangsa dan agama.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Barisan Nasional (BN) sudahpun mengumumkan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calon mereka.
Selain itu, calon bebas termasuk bekas pemimpin PKR seperti Datuk Zaid Ibrahim, Datuk Seri S Nalakaruppan dan N Gobalakrishnan, turut menyatakan hasrat untuk bertanding.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan hari mengundi bagi PRK Kajang adalah pada 23 Mac manakala hari penamaan calon jatuh pada 11 Mac. - 24 Februari, 2014.
Siapa pun layak untuk jadi PM malaysia....bukan untuk sesuatu keluarga sahaja. Ini Malaysia rakyat yang punya....bukan mahataik yang punya....ha..ha...ha....
Memang benar kata buya Hamka ,semua orang gila tapi gila ada macam macam gila curi gila gila kuasa gila gila perempuan gila tapi lebih bagus orang gila daripada yang tak gila sebab gila hanya satu tujuaan yang tak gila tadak tujuaan.
Dalam sejarah Malaysia Mamak ini satu2nya pm yang dah pencen dalam ketakutan, hidup macam cacing kepanasan, gelisah sepanjang hayat kerana takut dengan bayang2 sendiri kerana bimbang kejahatan, kezaliman, penindasan, kezaliman akan terburai. Tidur tak lena jaga senang.
Mahathir agak berjaya menutup pekungnya selama ini. Jika UMNO jatuh dan Malaysia diperintah oleh PR, maka habis terdedah semua pekungnya itu. Mujur Allah SWT menyelamatkan nyawa Anwar dlm beberapa kali siri cubaan membunuhnya dulu. Ingat lagikah peristiwa Nuri terhempas, kemalangan j/raya, kematian Yahya Ahmad, dibelasah KPN dan arsenik? Biasanya penjenayah yg masih bebas sentiasa berada dlm ketakutan dan tidak tenteram jiwanya. Subhanallah Allahuakbar.
8 respon:
senang nk kenal mahdey ni. apa dia kata kt org, itu lah diri dia.
dia kata kakitangn tk selamat, sebenarnya dialah tk selamat.
entah bila2 la mati keras gitu je
Anwar.ibrahim.sama.saja.dgn.mahathir.gila.kuasa.
Siapa pun layak untuk jadi PM malaysia....bukan untuk sesuatu keluarga sahaja. Ini Malaysia rakyat yang punya....bukan mahataik yang punya....ha..ha...ha....
Memang benar kata buya Hamka ,semua orang gila tapi gila ada macam macam gila curi gila gila kuasa gila gila perempuan gila tapi lebih bagus orang gila daripada yang tak gila sebab gila hanya satu tujuaan yang tak gila tadak tujuaan.
Anuar bukan gila kuasa, tapi hendak membongkar segala penyelewang, rasua dan penipuan yang di lakukan oleh mamak kuti dan koncu2nya.
Dalam sejarah Malaysia Mamak ini satu2nya pm yang dah pencen dalam ketakutan, hidup macam cacing kepanasan, gelisah sepanjang hayat kerana takut dengan bayang2 sendiri kerana bimbang kejahatan, kezaliman, penindasan, kezaliman akan terburai. Tidur tak lena jaga senang.
Mahathir agak berjaya menutup pekungnya selama ini. Jika UMNO jatuh dan Malaysia diperintah oleh PR, maka habis terdedah semua pekungnya itu. Mujur Allah SWT menyelamatkan nyawa Anwar dlm beberapa kali siri cubaan membunuhnya dulu. Ingat lagikah peristiwa Nuri terhempas, kemalangan j/raya, kematian Yahya Ahmad, dibelasah KPN dan arsenik? Biasanya penjenayah yg masih bebas sentiasa berada dlm ketakutan dan tidak tenteram jiwanya. Subhanallah Allahuakbar.
Sapa kata anwar tak ada rasuh...cibai......
Catat Ulasan