Khamis, 27 Februari 2014

Memalukan!! Air Asia buat hal lagi ..!

“You want your momma, because
you are in the hospital with lousy nurses.”


KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia berasa amat kecewa dan membantah penyiaran iklan berbaur sensitif yang dipaparkan di tempat duduk dalam pesawat
milik AirAsia.

Iklan tersebut yang dikatakan untuk mengiklan produk anak syarikat AirAsia iaitu Tune Insurance Malaysia tertulis perkataan “You want your momma, because
you are in the hospital with lousy nurses.”

Persatuan Perubatan Malaysia turut mendesak agar pihak Air Asia untuk menarik balik iklan tersebut dengan segera dan memohon maaf kepada jururawat di seluruh
Malaysia.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, iklan tersebut telah* memperkecilkan kerjaya sebagai jururawat dan dianggap
agak melampau.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Tambah Presiden Persatuan Perubatan Malaysia itu lagi, iklan itu jelas menunjukkan ketidakfahaman pengiklan akan peranan jururawat* yang mana asasnya adalah
untuk menjaga pesakit dengan cara terbaik tanpa mengira siang atau pun malam.

“AirAsia merupakan syarikat penerbangan terkemuka di negara ini. Iklan tersebut akan dapat dilihat di semua laluan perkhidmatan mereka termasuk pelancong
warga asing. Ia secara tidak langsung telah memberi gambaran yang buruk mengenai jururawat di Malaysia. Perbuatan menggambarkan kerjaya jururawat sebagai
sesuatu yang buruk adalah sangat tidak adil. AirAsia sepatutnya menyemak iklan yang ingin digunakan sebelum menerima secara bulat-bulat daripada agensi
yang menghasilkannya.” jelas Dato’ Dr. N.K.S. Tharmaseelan, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia. - ASTROAWANI
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Hj Mohamad 013 3377 242 berkata...

Setuju. Tapi jgn ingat imej nurse sudah tahap AAA.

Tanpa Nama berkata...

service air asia juga mengecewakan