Ahad, 16 Februari 2014

Masjid di Pulau Pinang dilempar daging babi

Daging, dipercayai babi, dilapor dilempar ke perkarangan Masjid Cherok Tokun, Machang Bubuk, Pulau Pinang hari ini.

Ketua CID Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan melalui SMS jawapan berkaitan insiden itu.

Perkara itu pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berkaitan mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: