Khamis, 27 Februari 2014

Kopi perangsang seks kantoi

UALA LUMPUR - Sebuah syarikat dikesan mengaut keuntungan tanpa memikirkan nyawa orang awam apabila mengeluarkan serbuk kopi yang mengandungi racun di
dalamnya.

Namun, ia berakhir apabila anggota penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) dan Jakim  membuat serbuan ke atas
premis syarikat terbabit, semalam.

Ketua Cawangan Penguat Kuasa Farmasi JKWPKL Adnan Salimin berkata, serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang awam serta risikan pihaknya selama sebulan.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini









Menurutnya, premis itu dipercayai dijadikan tempat memproses dan membungkus serbuk kopi untuk merangsang seks dan melangsingkan badan.

“Pemeriksaan mendapati serbuk kopi ini dipercayai mengandungi racun Sildenafil bagi kopi rangsang seks manakala Sibupralile dalam kopi pelangsing badan.

“Pengambilan racun ini sangat berbahaya, jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang, ia boleh merosakkan hati,” katanya.

Adnan berkata, sekotak kecil serbuk kopi ini yang mengandungi di antara enam hingga 10 paket kecil dijual dengan harga sekitar RM11 sekotak.

Menurutnya, kopi ini dipaketkan untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

Katanya, pihaknya merampas kira-kira 100 kotak besar serbuk kopi dan lima buah mesin memproses dan membungkus kopi berkenaan.

Kes disiasat di bawah Akta Racun 1952 iaitu sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli sembarangan kopi yang dijual pasaran tempatan.

PBO:

*kenapa pihak sinar harian tidak mendedahkan nama kopi tersebut ..? Bikin orang tertanya-tanya.


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: