Khamis, 20 Februari 2014

Janda 'tertewas' dengan pujukan lelaki alim

Akibat percaya janji, seorang janda kerugian kira-kira RM200,000 selepas tidak sedar dikikis oleh seorang lelaki berperwatakan baik yang konon boleh membantunya
menyelesaikan pembahagian harta pusaka milik arwah suaminya.

Mangsa Norizah Muslim, 44, berkata, dia mengenali suspek selepas dihubungi lelaki itu yang dikenali sebagai Rizman, 38, yang berminat mahu menyewa rumah
milik arwah suaminya di Butterworth pada Mei tahun lalu.

“Dia berperwatakan baik malah dalam waktu yang singkat dia banyak membantu kami sekeluarga termasuk urusan pembahagian harta pusaka arwah suami,” katanya
ketika ditemui, semalam.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Menurutnya, sikap lelaki itu yang gemar membantu menyebabkan dia sekeluarga berasa senang dengan kehadirannya.

“Kami suka sebab dia ringan tulang malah sanggup menghantar dan mengambil anak perempuan saya yang belajar di sebuah IPTA di Perlis pada waktu cuti,” katanya.

“Pada awal November, kami menyerahkan wang deposit sebanyak RM25,000 sebagai deposit pembelian rumah. Dia membawa kami melawat rumah yang bakal dibeli
sebelum meminta lagi RM38,000 sebagai wang pendahuluan selepas menandatangani perjanjian jual beli dengan syarikat pemaju perumahan berkenaan.

Menurut Norizah dia memang sudah lama berhasrat untuk membeli rumah teres di Kuala Lumpur.

“Malah dia juga meyakinkan saya untuk melabur dalam projek ternakan ayamnya yang beroperasi di sebuah kawasan Di Bukit Mertajam. Saya dibawa ke kawasan
penternakan yang dimilikinya dan bersetuju untuk menyertai pelaburan itu dengan modal permulaan RM50,000,” katanya.

“Untuk projek ternakan dia berjanji akan membayar keuntungan RM2,000. sebulan dan bagi menyenangkan saya berulang alik melihat pusat ternakan, dia memujuk
supaya membeli sebuah kereta dengan cara membuat pinjaman peribadi dari sebuah bank berjumlah RM45,000.

Katanya, kesemua wang berjumlah kira-kira RM200,000 ini diserahkan kepada lelaki itu dari Oktober hingga Disember tahun lalu.

“Saya hanya menyedari ditipu selepas mendapat tahu Rizman dipukul oleh lelaki yang merupakan pemilik sebenar pusat penternakan kerana gagal melangsaikan
hutang pembelian ayam berjumlah puluhan ribu ringgit.

“Bila dapat tahu perkara itu, saya memberikan pelbagai alasan kepadanya untuk mendapatkan kembali wang yang telah diberikan, namun dia memberikan pelbagai
alasan termasuk sanggup berkahwin dengan saya untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Norizah berkata sepanjang mengenali lelaki itu, dia pernah membawa seorang wanita yang didakwa sebagai isterinya, Selepas diselidiki, keluarga wanita itu
sebenarnya turut menjadi mangsa penipuan ‘Rizman’.

“Ramai lagi mangsa di sekitar Bukit Mertajam ditipu dengan pelaburan ternakan ayam yang sebenarnya tidak wujud,” katanya.

Katanya, disebabkan itu dia kini terpaksa menyelesaikan hutang dengan bank selain menanggung kerugian besar disebabkan ‘Rizman’ menghilangkan diri.

Norizah membuat laporan di Balai Polis Ampang sebelum kesnya dirujuk di Ibu Pejabat Polis Daerah Bandar Perda, Bukit Mertajam Disember tahun lalu.


sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: