SHAH ALAM: Datuk Jamal Abdillah mendedahkan beliau telah didekati ramai wanita sejak dikurniakan pingat kebesaran, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada Oktober 2013.
Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali, 55, berkata, wanita yang ingin merapatinya dipercayai mempunyai niat yang tidak baik.
"Ada lebih tujuh atau lapan orang yang ingin mengenali saya hanya dengan niat yang tidak baik. Sekilas ikan di air saya sudah tahu tujuan mereka.
"Mereka bukan di kalangan artis tetapi orang biasa. Mereka ingin mengenali saya kerana nama, pangkat Datuk dan wang semata-mata," katanya kepada mStar Online, ketika ditemui pada sidang media mengenai persembahannya sempena Hari Ibu di N'Dah Mahligai, di sini, pada Selasa.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Tambah Jamal, selepas gagal dalam tiga perkahwinan lalu, dia kini lebih berhati-hati untuk kembali membina rumah tangga.
Jamal berkata dia enggan kecundang dan mengecewakan hati mana-mana wanita selepas kegagalan dalam rumah tangganya lalu.
"Saya belum tergerak hati untuk berkahwin lagi, biarlah saya menjaga diri sendiri buat masa ini.
"Pengajaran pada kegagalan perkahwinan lalu ialah ketika itu saya tidak layak untuk menjadi suami dan ketua rumah tangga.
"Kalau saya ingin beristeri semula biarlah pilihan itu untuk kekal sehingga ke akhir hayat," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang gosip ingin hubungannya dengan penyanyi Nas Adila, 28, Jamal berkata, beliau tidak pernah mempunyai perasaan cinta terhadap wanita itu.
Tambahnya, berita berkenaan hanya khabar angin apabila wanita itu sering memuat naik gambar mereka ketika berduet di beberapa persembahan pentas.
"Kalau saya ada perasaan sudah lama saya kahwin dengan dia. Saya tidak tahu bagaimana boleh tersebar cerita ini.
"Saya mengenali dia sudah lama sejak dia berumur 17 tahun lagi kerana sering mengambil dia sebagai rakan duet untuk mana-mana persembahan saya," katanya.
Sementara itu, Jamal yang turut akan bergandingan dengan Nas Adilla untuk Majlis Hari Ibu pada 11 Mei depan berkata mereka akan beraksi secara profesional.
Biarpun mengakui terkejut dengan pemilihan artis tersebut, namun Jamal menganggap ia sebagai satu strategi promosi daripada pihak penganjur.
"Ini kali pertama kami bekerjasama selepas gosip tersebut namun sebagai artis saya perlu profesional," katanya.
Mengenai persembahan pada Hari Ibu berkenaan, ia akan berlangsung di N’dah Mahligai Shah Alam bermula pukul 8 malam yang turut menampilkan Jihan (Raja Lawak) sebagai pengacara.
Tiket bagi megikuti persembahan itu dijual dengan harga RM300, RM400 dan RM450.
Orang ramai boleh menghubungi 03-55104187 atau 013-2764368 untuk maklumat lanjut.
0 respon:
Catat Ulasan