Ahad, 23 Februari 2014

Harta karun lebih RM6 billion diburu Rahim Thamby Chik

kapal berkenaan membawa pelbagai perbendaharaan yang dikumpul ketika
Portugis menawan Melaka termasuk 22 peti wang emas dan perak, selain dua patung monyet disaluti batu permata.


KULAIJAYA - Bangkai kapal milik tentera Portugis, Flor De La Mar, yang membawa pelbagai barangan berharga bernilai lebih RM6.6 bilion (AS$2 bilion) dan
dipercayai karam berhampiran lautan Acheh, mampu diapungkan melalui hasil kerjasama tiga negara.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr Rahim Thamby Chik berkata, kapal berkenaan membawa pelbagai perbendaharaan yang dikumpul ketika
Portugis menawan Melaka termasuk 22 peti wang emas dan perak, selain dua patung monyet disaluti batu permata.

Menurutnya, kerjasama antara kerajaan Malaysia, Indonesia dan Portugal adalah penting memandangkan kapal berkenaan tenggelam di perairan negara itu malah
bantuan kajian akademik tempatan membuktikan harta yang dirampas pada 1511 itu adalah dari Melaka.

“Saya telah menyerahkan usul mengapungkan Flor de La Mar kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) bagi mempertimbangkan pelaksanaannya. Sebelum
ini, pihak Sea Treasure Hunters pernah melakukan percubaan mengapungkan kapal terbabit, namun gagal.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








“Kita perlukan kerjasama dengan kerajaan Portugal kerana mereka mempunyai kajian tepat mengenai lokasi harta ini. Manakala, Malaysia juga terlibat kerana
khazanah itu diambil dan dirampas oleh tentera Portugis diketuai Alfonso De Albuquerque dari bumi Melaka," katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata demikian pada sidang media Majlis Perasmian Program Usahawan Bumiputera Perlu Bijak Rancang Strategi
di Dewan Bandar Putra, Kulaijaya, di sini, semalam.

Rahim berkata, berdasarkan imej satelit turut mendapati lebih 30 kapal berada di dasar laut berhampiran kapal Flor De La Mar.

Menurutnya, bagi mengapungkannya kapal berkenaan memerlukan penggunaan teknologi tertentu dengan menelan kos sehingga RM98.9 juta (AS$30 juta).

“Bagi merealisasikannya, saya mencadangkan satu jawatankuasa penyelaras dan penyelidik ditubuhkan dengan penglibatan daripada beberapa agensi kerajaan
seperti Jabatan Muzium sebelum proposal ini dibawa ke luar negara.

“Saya menawarkan diri sebagai peneraju peringkat awal jawatankuasa yang bakal ditubuhkan kerana mempunyai hubungan rapat dengan Portugal. Saya berharap
menerima respons baik daripada Presiden baharu Indonesia yang bakal dilantik pada April ini,” katanya.

Sekiranya berjaya mengapungkan Flor De La Mar, Rahim mengakui ia mempunyai nilai sejarah tinggi untuk dipamerkan mengenai kemajuan Tamadun Melayu Melaka.

Tambahnya, berdasarkan taksiran daripada pelelong antarabangsa di London, harta di perut kapal itu juga bernilai tinggi.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

bnbiule berkata...

Kahkahkah 30juta bakal tengelam bersama kapal rahim tamby chik yg akan jadi jutawan , habis harta negara bakal disapunya.

Cik Salju berkata...

Assalamualaikum,

maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu tentang sebuah posting yang hot & juga info yang amat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.

Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html

Tanpa Nama berkata...

rahim tknk harta tu.. dia nk tunggu kot2 puteri sultan melaka atau puteri portugis masih ada dlm kapal tu...

dia bukan nk niat tk baik kt puteri2 tu... cuma kalau jumpa tu nk ajak bincang sejarah je. jgn takut tkde apa2.. gerenti.. tk caya sudah la

Tanpa Nama berkata...

Percaya 100% sbb puteri itupun dh tua kerepot pun, lainlah kalau masih bawah umur