Rabu, 5 Februari 2014

Gempar: 19 gunung berapi Indonesia dalam status waspada

JAKARTA: Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia mengesahkan 19 gunung berapi di Indonesia kini berstatusberjaga-jaga atau Waspada.

Namun demikian, BNPB menasihatkan agar rakyatnya tetap tenang dan tidak panik ekoran kenyataan tersebut.

"Gunung berapi bersifat perlahan. Ia tidak akan meletus secara tiba-tiba. Tanda-tanda awal akan terlihat yang akan mengubah statusnya dari Normal, Waspada,
Siaga (siap sedia) dan Awas (bahaya)," ujar Ketua Pusat Data, Informasi dan Humas, Dr. Sutopo Purwo Nugroho.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini







Memetik portal Suara Pembaharuan sebagai melaporkan, Dr. Sutopo berkata perubahan status beberapa gunung berapi ke tahap berjaga-jaga telah megurangkan
aktiviti-aktiviti harian di kawasan sekitar dengan gunung berapi tersebut walaupun ia masih belum dianggap berbahaya.

Hingga kini, hanya Gunung Sinabung sahaja yang berstatus bahaya sejak 24 November 2013 lalu.

Gunung Karangetang, Seulewah dan Rokatenda berada di dalam keadaan status III atau siap sedia.

"Gunung -gunung berapi yang berstatus Waspada (status II) adalah Kelud, Raung, Ibu, Lewotobi Perempuan, Ijen, Gamkonora, Soputan, Sangeangapi, Papandayan,
Dieng, Seulewah Agam, Gamalama, Bromo, Semeru, Talang, Anak Krakatau, Marapi, Dukono, dan Kerinci. Yang lain masih lagi berstatus Normal," ujar Sutopo.

Sutopo juga menjelaskan, status berjaga-jaga yang diberikan kepada 19 gunung berapi tersebut adalah berdasarkan daripada data-data yang menunjukkan sedikit
peningkatan aktiviti bawah tanah melebihi aktiviti-aktiviti di status Normal.
Persiapan penduduk sekitar wilayah tersebut untuk menghadapi bencana harus dilakukan tetapi pada tahap minimum.

Manakala bagi status siap sedia, data-data yang diterima BNPB menunjukkan bahawa peningkatan aktiviti-aktiviti bawah tanah di sekitar gunung berapi mungkin
mengakibatkan letusan atau bencana dan penduduk di kawasan terancam tersebut disarankan melakukan persiapan untuk menghadapi letusan dan juga bencana -bencana
lain akibat daripada letusan gunung berapi dilakukan dengan lebih giat lagi. - Astro Awani

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: