eMiri – Kerana dendam dan tidak dapat menerima hakikat ubungan cinta terputus di tengah jalan, seorang lelaki bertindak menyebarkan gambar bogel dan video
bekas teman wanitanya dalam keadaan mengaibkan sejak seminggu lalu.
Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun yang bekerja di sebuah syarikat swasta di sini, memutuskan hubungan dengan bekas teman lelakinya sejak awal bulan ini
kerana tidak tahan sikap panas barannya.
{baca lagi klik butang papar ... }
Tindakan wanita terbabit menolak permintaan kembali menjalinkan hubungan menyebabkan lelaki berusia 35 tahun itu berang dan menyebarkan gambar bogel mangsa
di laman sosial.
Sumber berkata, mulanya mangsa tidak mengendahkan ugutan lelaki terbabit sehingga pada Rabu lalu dia menerima pesanan melalui WeChat dari seorang rakan
yang ternampak gambar bogelnya dimuatkan dalam Facebook.
Lebih teruk, katanya, lelaki terbabit turut membuka sebuah lagi akaun Facebook untuk menyebarkan gambar bogel dan video lucahnya selain turut dimuatkan
ke YouTube.
“Mangsa menghubungi lelaki itu, namun dia menafikan bertanggungjawab mengenai penyebaran gambar dan video lucah berkenaan.
“Temberang lelaki itu terbongkar apabila dia memarahi mangsa dan memaklumkan penyebaran gambar bogel dan video lucah sebagai balasan tindakannya memutuskan
hubungan mereka,” katanya.
Berikutan itu mangsa ditemani seorang rakan membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut, kelmarin. – myMetro Online
2 respon:
apa susah nafikan je la. zaman ni komputer boleh manipulasi semua tu.
tp apa nk buat, semasa bercinta dh bebas buat apa saja, sekali kena rakam gambar, sampai bila2 akan diugut.
lain kali jgn bebas sgt bagi semua anu tu kt bf.. ni lah akibatnya
Haha...betol...bdoh sndiri, tk ada didikan agama, mudah d rayu...skrang pasrah lh hihi...
Catat Ulasan