Dendam bekas rakan-rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada tokoh pembangkang itu tidak pernah padam.
Bekas orang kuat Anwar seperti Datuk Ibrahim Ali, Ezam Mohd Noor, Zahid Mat Arip, Datuk Zulkifli Nordin,
Ng Lum Yong, Abdul Ghani Haron, S Gobalakrishnan serta Datuk S Nallakarupan.
http://www.penburukonline.blogspot.com
Mereka merupakan bekas penggerak utama PKR sejak ditubuhkan pada 1998. Ezam adalah ketua Pemuda pertama; Zahid (naib ketua); Ng (pengasas). Begitu juga
dengan Nallakarupan dan merupakan Zulkifli yang pernah menjadi peguam dalam kes liwat 1.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Sebaik Anwar dipecat serta dipenjarakan, mereka menjelajah ke seluruh negara memberitahu rakyat bahawa bekas timbalan perdana menteri itu tidak bersalah
dan konpirasi jahat Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan perdana menteri waktu itu.
Mereka melawan Dr Mahathir melakukan apa sahaja untuk menumbangkan Dr Mahathir dan BN. Ezam dan Abdul Ghani pernah dipenjarakan melalui Akta Keselamatan
Dalam Negeri atau ISA pada 2001.
Bagaimanapun, seorang demi seorang meninggalkan Anwar. Ezam, Zahid, Abdul Ghani menyertai Umno manakala Nalla menjadi senator BN.
Ringkasnya, mereka menjadi penentang Anwar dan menggunakan pelbagai platform untuk menjatuhkan bekas pemimpin pujaan mereka sebelum ini. Kawan sudah menjadi lawan.
Ezam sudah lama mengadakan siri jelajah melawan Anwar. Dalam setiap pilihan raya kecil, bekas setiausaha politik itu tampil membantu calon BN melawan Pakatan
Rakyat.
Kawan jadi lawan
Dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Ezam mendedahkan surat Anwar kepada Dr Mahathir sejurus selepas dipecat dari kabinet pada 2 September 1998.
Jika dilihat dari usaha untuk melenyapkan politik Anwar sebelum ini yang tidak pernah berjaya, usaha hanya sia-sia.
Apa sahaja keburukan Anwar telah didedahkan sejak 15 tahun lalu. Anwar pernah dituduh agen Amerika dan yang terbaru menjadi tali barut Yahudi.
Waktu ini rakyat sekalipun bukan semuanya tidak lagi percaya tuduhan terhadap Anwar. Mereka melihat Anwar lebih baik dari sesetengab pemimpin kerajaan
yang terbabit dengan salahguna kuasa dan rasuah.
Rakyat membandingkan Anwar dengan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Syarikat NFC milik suami beliau disiasat atas dakwaan salah guna
wang kerajaan RM250 juta.
Beberapa idea Anwar jelas lebih baik dari BN. Pemansuhan PTPTN dan penurunan harga minyak umpamanya sangat disokong rakyat.
Jelas kawan yang menjadi lawan Anwar sekarang sudah menerima habuan masing-masing. Terima kasih kerana dendam terhadap Anwar Ibrahim, kerana anda rakyat semakin faham apa itu UMNO! sumber
pemimpin katak memang tidak pernah ikhlas. ramai pejuang reformasi yg bergelut dgn gas dan cota namun nama mereka tidak ada sapa yg kenal. mereka ikhlas. anak cucu mereka akan ingat perjuangan mereka.
bg katak2 maka anak cucu akan malu kerana berdatuk kan katak
1 respon:
pemimpin katak memang tidak pernah ikhlas. ramai pejuang reformasi yg bergelut dgn gas dan cota namun nama mereka tidak ada sapa yg kenal. mereka ikhlas. anak cucu mereka akan ingat perjuangan mereka.
bg katak2 maka anak cucu akan malu kerana berdatuk kan katak
Catat Ulasan