Berbogel atau bertelanjang memiliki seribu kebaikan dan sejuta manfaat. Pasti sahaja ramai yang tidak mengetahui kebaikan amalan tersebut, ini kerana masyarakat sejak zaman berzaman menganggap berbogel dan bertelanjang itu sebagai satu kesalahan dan mengaibkan
Apakah kelebihan dan kebaikan berbogel?
Sebenarnya berbogel atau bertelanjang amat baik untuk kesihatan terutamanya untuk meningkatkan tahap kesuburan, baik kepada lelaki mahupun perempuan. Ini kerana, dengan berbogel udara bersih akan dapat memasuki paha,celah kangkang dan organ pembiakan.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Cuba perhatikan haiwan seperti lembu dan kerbau. Kenapa lembu dan kerbau dapat melahirkan anak dengan senang tanpa perlu bersusah payah ke hospital dan tidak memerlukan bidan. Dan, selepas melahirkan anak, lembu dan kerbau tak perlu berpantang seperti manusia. Mengapa lembu dan kerbau begitu hebat? Tentu sahaja kerana lembu sentiasa berbogel.
Lihat pula ayam dan itik, mengapakah ia mampu dan berupaya memiliki anak yang ramai? Sekali bertelur hampir sepuluh biji. Jawapannya mudah, iaitu kerana ayam dan itik sentiasa berbogel.
Bagaimana dengan manusia, paling ramaipun dapat anak kembar seramai tiga orang. Ini membuktikan ayam dan itik jauh lebih subur berbanding manusia.
Kenapa ia lebih subur?
Jawapannya mudah, kerana ayam dan itik sentiasa berbogel.
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa entry saya kali ini agak luar biasa, malah mungkin agak gila. Jujur dan ikhlas, bukanlah niat saya untuk mempengaruhi pembaca agar berbogel atau bertelanjang, tapi ada maksud tersirat yang ingin saya perkatakan.
Beberapa hari yang lalu, manusia paling sesat di Malaysia, iaitu Dr Kassim Ahmad, seorang pemimpin gerakan anti-hadith yang telah difatwakan sebagai sesat dan murtad telah mengeluarkan kenyataan yang amat bertentangan dengan islam. Antaranya ialah mempertikaikan dua kalimah syahadah. Menurutnya syahadah yang kedua tercipta atau terhasil dari sikap mendewa-dewakan Nabi Muhammad.
Tapi untuk entry ini, saya hanya ingin fokuskan pandangan sesat dan kufur Kassim Ahmad mengenai aurat wanita. Sila baca kata-kata Dr Kassim Ahmad yang saya paparkan di bawah.
“Perkataan aurat berasal dari bahasa Arab. Ertinya ‘kebogelan’. Tiga puluh tahun dulu,wanita-wanita islam tidak memakai tudung. Mereka memakai selendang,sehelai kain yang diletakkan di bahu tanpa menutup semua rambut, kerana rambut bukan aurat wanita. Menutup rambut dengan tudung bermakna udara bersih tidak dapat memasuki rambut. Dengan itu rambut menjadi busuk. Dengan lain perkataan, ia tidak sihat.”.
Gila dan teramat gila, tolol dan teramat bahlul, sebab Kassim Ahmad yang langsung tidak memahami bahasa Arab dan hanya memperolehi ilmu berkaitan agama menerusi buku-buku berbahasa Melayu dan Inggeris, tiba-tiba mengeluarkan pandangan dan tafisran yang bukan-bukan tentang agama. Kaedah yang digunakannya amat mudah iaitu logik dan rasional pada pandangan akal.
Berdasarkan logik, dia berhujah amalan bertudung/menutup rambut bukanlah tuntutan agama dan bertudung juga tidak baik untuk kesihatan kerana mengahalang udara daripada memasuki rambut. Tidak setakat Dr Kassim Ahmad yang tersasar dan terpesong akidah, tapi seorang negarawan yang terkenal di Malaysia turut menyokong dan mempertahankan pandangan Kassim Ahmad.
Negarawan yang telah lanjut usia itu mendakwa, orang-orang yang tidak membaca Al-Quran sering menyalahkan Kassim Ahmad. Sudah nyanyukkah negarawan tersebut hingga sanggup bersekongkol dengan manusia sesat bernama Kassim Ahmad.
Saya ingin bertanya kepada negarawan tersebut, Adakah umat islam yang mengucap dua kalimah syahadah itu merupakan orang-orang yang tidak membaca Al-Quran? Adakah wanita yang bertudung/menutup rambutnya itu merupakan wanita-wanita yang tidak beriman dengan Al-Quran.?
Iblis manakah yang telah berhabitat di dalam hati negarawan tersebut hingga beliau menjadi begitu tolol.
Jikalau mengikut logik akal Dr Kassim Ahmad, bertudung itu menghalang udara daripada memasuki rambut dan tidak baik untuk kesihatan. Maka, mengikut logik akal juga kita berhak mendakwa berbogel dan bertelanjang juga perlu dan baik untuk kesihatan. Ini kerana apabila memakai seluar, udara akan terhalang daripada memasuki celah kankang dan organ pembiakan,sekali gus menjejaskan kesuburan manusia.
Harap-harap selepas ini, Dr Kassim Ahmad dan negarawan yang telah lanjut usia itu sentiasa berbogel sama ada ketika berada di rumah mahupun ketika berada di tempat awam. Kalau boleh biarlah kedua-duanya berbogel 24 jam sehari dan bila mati nanti usahlah dikafan dan biarlah mereka berkekalan telanjang seperti haiwan. ~shameel iskandar
dua makhluk tu kalau berbogel khuatir pula akan tdsunami Negara ni. sebb dlm usia 80an berbogel akan mengelirukan org adakah yg dilihat itu manusia atau kain buruk yg berkedut2 seribu.
jgnlah diizinkan mereka berbogel... kot2 saifool je yg meleleh air liur.
tanda2 kiamat besar politik org tua tu.. apabila kenyanyukannya sudah terlampau lucah kerana terpedaya dgn liwatan kasim.
ingat, doa org dizalimi didengar Allah. doa yg akan mengekori makhluk2 penzalim yg sudah tidak blh tido lena.
Isu paling besar ialah golongan ini merasakan logik mereka perlu diterima pakai. Sendiri yg sesat dan mengajak yg lainnya turut sesat sama. Nak dikatakan nyanyuk tidak pula, kerana sentiasa konsisten dgn pegangan itu. Benar spt dikatakan oleh negarawan(?) tersebut, inilah puak syaitan yg dikenali. Sejahat2 syaitan pun tetap mengakui Allah SWT sebagai tuhan yg esa dan Nabi Muhammad saw itu adalah rasul, cumanya syaitan berperanan mempengaruhi manusia menjauhi jalan yg benar.
3 respon:
dua makhluk tu kalau berbogel khuatir pula akan tdsunami Negara ni. sebb dlm usia 80an berbogel akan mengelirukan org adakah yg dilihat itu manusia atau kain buruk yg berkedut2 seribu.
jgnlah diizinkan mereka berbogel... kot2 saifool je yg meleleh air liur.
tanda2 kiamat besar politik org tua tu.. apabila kenyanyukannya sudah terlampau lucah kerana terpedaya dgn liwatan kasim.
ingat, doa org dizalimi didengar Allah. doa yg akan mengekori makhluk2 penzalim yg sudah tidak blh tido lena.
Isu paling besar ialah golongan ini merasakan logik mereka perlu diterima pakai. Sendiri yg sesat dan mengajak yg lainnya turut sesat sama. Nak dikatakan nyanyuk tidak pula, kerana sentiasa konsisten dgn pegangan itu. Benar spt dikatakan oleh negarawan(?) tersebut, inilah puak syaitan yg dikenali. Sejahat2 syaitan pun tetap mengakui Allah SWT sebagai tuhan yg esa dan Nabi Muhammad saw itu adalah rasul, cumanya syaitan berperanan mempengaruhi manusia menjauhi jalan yg benar.
lojik tak lojjik pon ada bbrp pimpinan utama pas yg sgt 'intim' dgn mahathir dan daim...itu apa cerita?
Catat Ulasan