Ahad, 9 Februari 2014

Berita baik menanti guru .. lagi elaun!

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan JPA untuk memberi beri insentif baru dan ia sedang diteliti JPA,”

Mungkin ada antara cikgu yang sudah berangan - angan dengan insentif baru yang bakal ditterima ..


Pagoh: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti pemberian insentif baru kepada guru Bahasa Inggeris yang memiliki penguasaan tahap sangat tinggi iaitu C1 dan C2, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian insentif itu berikutan pemansuhan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) mulai Disember lalu.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








“Perkara ini sudah dibincangkan dengan JPA untuk memberi beri insentif baru dan ia sedang diteliti JPA,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Warga Pendidik Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad.

Kemuka syor kepada PM

Muhyiddin berkata, selepas penelitian itu, pihaknya akan mengemukakannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, guru Bahasa Inggeris yang ada C1 dan C2 akan dipertimbangkan pemberian elaun yang mungkin dibayar secara ‘one off.’ Bagaimanapun, beliau berkata, semua maklumat terperinci termasuk cara pembayaran, kaedah dan nilai akan ditentukan kemudian.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihaknya meletakkan aras baru bagi pendidikan negara supaya mencapai tahap global.

“Kita mahu sekolah melahirkan generasi baharu yang setanding penguasaan ilmu dengan negara maju,” katanya.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

One off....what a joke

Tanpa Nama berkata...

one off duty and commitment..