ROMPIN - Seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, di sini, ditahan bagi membantu siasatankerana disyaki terlibat kes merogol seorang gadis di Pantai De Rhu, Jalan Rantau Panjang, di Kuala Rompin, Sabtu lalu.
Difahamkan, anggota polis yang berusia 26 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 18 tahun ditemani kakaknya membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.
Menurut sumber, pada jam sekitar 12.30 tengah hari itu, suspek dikatakan membawa mangsa bersiar-siar di kawasan peranginan itu sebelum bertindak merogol mangsa.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
“Suspek dikatakan membawa mangsa ke kawasan pantai itu sebelum berhentikan kenderaan yang dipandunya di penghujung laluan kawasan pantai berkenaan.
“Selepas memerhati keadaan sekeliling dan memastikan tidak ada orang menggunakan laluan itu, suspek mula memeluk mangsa dan merogolnya,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudiannya menceritakan kejadian kepada kakaknya selepas dihantar pulang suspek dan mereka kemudiannya ke IPD Rompin untuk membuat laporan polis.
Bertindak atas laporan itu, polis berjaya mengesan kereta yang dipercayai digunakan suspek dan hasil pemeriksaan mendapati kereta itu milik anggota polis yang bertugas di IPD Rompin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap anggota terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.
Siasat punya siasat punya siasat punya siasat, akhirnya nanti tidak menemui bukti dan saksi untuk disabitkan kesalahan. Kes Aminurasyid, Kugan, Norita Shamsudin dan Altantuya, mana ada yg sangkut? Yg salah nanti adalah awek tu, percaya pd polis untuk bersiar-siar tu, apa fasal? Kalau tidak percaya, sama-sama kita ikuti perkembangannya.
2 respon:
Siasat punya siasat punya siasat punya siasat, akhirnya nanti tidak menemui bukti dan saksi untuk disabitkan kesalahan. Kes Aminurasyid, Kugan, Norita Shamsudin dan Altantuya, mana ada yg sangkut? Yg salah nanti adalah awek tu, percaya pd polis untuk bersiar-siar tu, apa fasal? Kalau tidak percaya, sama-sama kita ikuti perkembangannya.
This Is What Women Really Want !! => KLIK HERE !!
Catat Ulasan