Sebelum ini kita dikejutkan dengan cerita seorang guru dilibas bapa pelajar hingga hamper putus tangannya gara-gara hanya memulas telinga seorang pelajar. Kali ini ada lagi cerita pasal guru dan pelajar.
Johor Bahru: Hukuman denda luar biasa seorang guru sebuah sekolah di Skudai, dekat sini, supaya sekumpulan murid perempuan membuli seorang murid lelaki
dengan mempersendanya beramai-ramai kerana kesalahan membuat bising dalam kelas dipercayai menyebabkan murid berkenaan tertekan dan tidak lama kemudian,
dia didapati terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah hingga patah kedua-dua kaki.
Dalam kejadian jam 1.40 petang, 5 Februari lalu, murid tahun lima
dikenali sebagai Aziz yang juga pengawas sebuah sekolah di Mutiara Rini, Skudai, didenda guru kelasnya kerana membuat bising ketika sesi pembelajaran.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Aziz diarah berdiri di tengah-tengah sekumpulan murid perempuan dengan niat mempersendanya.
Bapa murid itu dikenali sebagai Mohamad, 50-an, mendakwa selepas
kejadian, pengurusan sekolah menghubungi isterinya memaklumkan kejadian itu.
Menurutnya, keluarganya terkilan dengan kejadian menimpa Aziz kerana difahamkan
dia terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah selepas didenda guru kelasnya.
“Dia dikelilingi sekumpulan murid perempuan menyebabkannya malu serta tertekan,”
katanya.
Mohamad berkata, dia diberitahu isterinya anak mereka terjatuh dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada jam 1.50 petang.
Bagaimanapun, menurutnya dia tidak pasti sama ada Aziz terjatuh atau sebaliknya dan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat.
“Saya sudah bertemu pengurusan
sekolah, namun tidak mendapat maklum balas memuaskan.
“Kedua-dua kaki Aziz patah dengan kaki kirinya patah di dua bahagian,” katanya.
1 respon:
apa punya gila dah mai melanda kita semua
Hukum Allah disanggah sanggah akhirnnya banyak sudah bala menimpa
Catat Ulasan