Jumaat, 14 Februari 2014

Abdul Taib Mahmud pasti tak lena tidur menanti hari esok .. ini sebabnya!

"Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud kepada
syarikat Sakto Development Corporation yang dimiliki dan dikawal Jamilah dan suaminya.


PETALING JAYA - PKR hari ini mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mempertimbangkan mana-mana calon
bagi jawatan Yang di-Pertua (TYT) Sarawak bebas daripada siasatan salah laku rasuah dan penyelewengan.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan salah guna kuasa jawatan TYT untuk mendapatkan kekebalan daripada
pendakwaan.

"Jawatan TYT itu sebahagian daripada majlis raja-raja, jika TYT itu dirujuk ke mahkamah khas akibat kes rasuah, ia akan mencemarkan imej institusi di raja.
{baca lagi klik butang papar ... }



5 artikel pilihan pembaca hari ini








"YDPA perlu buat pendirian tegas bahawa mana-mana calon yang dipertimbangkan bagi jawatan TYT perlu diisytiharkan SPRM bahawa tiada siasatan yang masih
belum ditutup terhadap calon itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas gesaan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat pada Jumaat lalu yang menggesa YDPA menghalang pelantikan Tan Sri
Abdul Taib Mahmud sebagai TYT Sarawak yang baharu.

Suhaizan menegaskan, Abdul Taib perlu dibersihkan dahulu daripada tuduhan skandal rasuah dan salah guna kuasa sebelum diangkat menjadi TYT.

Perkara itu juga timbul apabila Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada Sabtu lalu mencadangkan pelantikan itu sebagai menghormati
jasa dan sumbangan tertinggi Abdul Taib.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, salah laku rasuah dan penyelewengan itu yang didedahkan dalam Sarawak Report baru-baru ini menguatkan lagi tuduhan tersebut
apabila ia lengkap dengan dokumen yang menunjukkan hubung kait dengan keluarga ketua menteri itu.

Katanya, salah laku itu melibatkan sebuah syarikat milik adik kepada ketua menteri itu berhubung urus niaga balak di Sarawak.

"Regent Star Company Limited adalah syarikat yang dikawal oleh Onn Mahmud, iaitu adik ketua menteri.

"Regent Star pernah disiasat di Jepun oleh pihak berkuasa percukaian Jepun atas tuduhan mengelak cukai atas penerimaan komisen yang diterima oleh syarikat
itu mencecah 1 bilion yen," katanya.

Dakwanya, tuduhan terhadap Abdul Taib semakin nyata apabila Sarawak Report semalam mendedahkan kaitan di antara Regent Star Company Limited dengan anak
ketua menteri itu, iaitu Jamilah Taib.

"Satu bukti dokumen pemindahan wang sebanyak USD20 juta dari Richfold Investments Limited iaitu syarikat pelaburan yang turut dikawal oleh Onn Mahmud kepada
syarikat Sakto Development Corporation yang dimiliki dan dikawal Jamilah dan suaminya.

Tambahnya meskipun siasatan itu melibatkan tuduhan mengelak cukai, namun ia membabitkan cukai ke atas penerimaan komisyen dari konsesi balak yang merupakan
penyelewengan dan rasuah di mata rakyat.

Sehubungan itu, Rafizi akan mengemukakan satu laporan baru kepada pihak SPRM esok dan beliau akan mengemukakan beberapa bukti kesalahan rasuah dan penyelewengan
itu.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

vmc master berkata...

This Is What Women Really Want !! => KLIK HERE !!