Khamis, 2 Januari 2014

rebat TOL diperkenal Najib juga ditarik balik

Putrajaya telah menghentikan insentif rebat tol sebanyak 20% bermula 1 Januari 2014, tetapi pengguna boleh menebus rebat yang ada sehingga Jun tahun ini, kata pegawai lebuh raya.

Bagaimanapun, akibat pentadbiran Najib yang melancarkan skim ini 2009 lalu dan terus senyap mengenainya menyebabkan pengguna berpusu-pusu di kaunter Touch 'n Go dan kaunter plaza tol untuk menebusnya semalam.


{baca lagi klik butang papar ... }




"Memang sejak pagi tadi ramai yang datang dan semuanya ingin menebus rebat Touch 'n Go atau Smart Tag.


"Hari ini sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan hari lain," kata seorang kakitangan kaunter perkhidmatan pelanggan Touch 'n Go plaza tol Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.


Juruwang di kaunter memaklumkan, Putrajaya telah memberitahu mereka untuk menghentikan rebat mulai 1 Januari hari ini.


Namun tidak ada sebarang notis diberikan kepada pengguna sehingga ia dilaporkan oleh sebuah akhbar harian tempatan semalam.


"Biarpun pemansuhan rebat tol bagi pelanggan kad prabayar, pengguna kad PLUSmiles masih boleh menikmati tawaran rebat 5%," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider.


Situasi yang sama juga berlaku kaunter Touch 'n Go di plaza Tol Shah Alam dan Spot Touch 'n Go stesen minyak Petronas Shah Alam apabila menyaksikan kehadiran orang ramai yang tidak putus-putus datang sejak pagi semalam bagi menebus rebat tol.


Pekerja kaunter kad prabayar di plaza tol Batu Tiga Shah Alam menyifatkan jumlah kehadiran orang ramai sangat luar biasa dan semakin meningkat apabila melepasi waktu tengah hari. Kaunter perkhidmatan tol itu dibuka sehingga jam 10 malam.


Najib ketika meraikan 100 hari sebagai perdana menteri pada April 2009 telah memperkenalkan rebat tol melalui kad Touch 'n Go sebagai hadiah kepada pengguna jalan raya.


Untuk melayakkan rebat itu, pengguna perlu menggunakan kad itu minima 80 kali untuk membayar tol sebulan.


20% rebat diberikan kepada pemilik kad itu iaitu dengan pengiraan 20% daripada jumlah penggunaan. Pengguna boleh mendapatkan rebat itu di mana-mana kaunter jualan Touch 'n Go.


Sumber memaklumkan, rebat adalah hak Putrajaya yang diberikan dalam bentuk 'hadiah' dan boleh ditarik bila-bila masa.


Dan kini ia ditarik serentak dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan mulai tahun ini termasuk kenaikan kadar tol.


Bagaimanapun, Menteri Kerjaraya Datuk Fadillah Yusof (gambar) dalam kenyataannya hari ini berkata, walaupun berdasarkan perjanjian konsesi akan ada kenaikan tol tahun ini, kerajaan masih belum mengeluarkan arahan mengenainya kepada syarikat konsesi yang terlibat.


"Sebaliknya kerajaan masih lagi mempertimbangkan langkah-langkah terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan kadar tol kepada rakyat dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak, termasuk mengadakan makmal yang dikendalikan oleh Pemandu untuk mengkaji implikasi kenaikan kadar tol tahun 2014," kata Fadillah dalam kenyataanya. – 1 Januari, 2014.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: