Erm .. sudah masuk pertengahan bulan Januari tahun 2014, dan kedudukan blog penburukonline dalam carta cenangau berada di tangga ke 28, naik 4 anak tangga dari 32 yang terdahulu.
Dari rangking alexa pula, blog aku meraih 943 mata lebih baik dari awal tahun. Bila mendongak ke atas banyak lagi blog super power yang membiaskan idea penulisan yang cukup berkesan. Ada juga blog teratas yang hamper 100% kerja copy dan paste. Lantaklah, masing-masing punya cara.
Berbalik kepada isu semasa kenapa Najib #kankung hamper lunyai dibelasah warga internet dalam media social, aku ada pendapat tersendiri.
{baca lagi klik butang papar ... }
5 artikel pilihan pembaca hari ini
Jentera maya pro UMNO bukanlah tak ada idea atau malas bertindak, cuma aku rasa duit belum mengalir. Kalau ada pendapat yang kata jentera maya pro UMNO lembap dalam isu ini , aku takberapa percaya.
Tunggu dan lihat dekat-dekat pilihanraya PRU ke 14 nanti sudah tentu bagai cendawan jentera pro UMNO tumbuh. Macam yang sudah - suda .. Tapi bukan menjawab isu, hanya post lucah, seks dan fitnah. Tengok saja nasib papagomo dan berpuluh-puluh lagi artikel fitnah yang jadi kes mahkamah sekarang.
Dan kalau ada pendapat kata Najib lembap, aku rasa mungkin ya dan mungkin juga tak betul. Kenapa tak betul sebab aku rasa dia tak ada perasaan pun dalam isu-isu #kangkung ni. Dia tengah sibuk macam mana nak layan kerenah big mama.
Mungkin kita patut Tanya pegawai yang bertanggungjawab dalam hal ehwal media di JPM mengapa mereka dilihat telah gagal dalam fungsinya berikutan isu kangkung ini. Tidak ada sebarang usaha untuk menjawab, memberi penjelasan atau menyerang balas daripada pihak JPM sendiri.
Isu pokok bukan isu #kangkung, Isu pokok bagaimana rakyat nak menghadapi kesan kenaikan sara hidup hasil kecerdikan kerajaan UMNO - BN pimpinan Najib.
Kita tunggu lepas ni apa pulak nak naik!
ehem .. blog aku pun banyak yang copy dan paste hehehehe
0 respon:
Catat Ulasan