Rabu, 15 Januari 2014

Pengarah buat 'projek' dengan pelakon tambahan dalam tandas

Woit .. ni apa citer pulak ni, ada pelakon tambahan 'buat drama' dalam tandas dengan pengarah filem? Drama apa tu ..? Drama panas ..? Ish ish ish ..

Kalau ini sekadar gossip cuba tengok berita sebelumnya mengenai perangai artis dan pengarah yang ini pula;

sini
dan
sini

Adoi memang berat dugaan akhir zaman .. ikuti laporannya:

Selalu yang SS dengar pelakon suka ‘buat drama’ sendiri di lokasi penggambaran. Ada artis yang suka bawa kekasih ke set dengan alasan untuk menemaninya dan apabila pengarah menjerit ‘cut’ , pelakon dan kekasihnya terus menghilangkan diri.

Kisah terbaru yang sampai ke telinga SS, pengarah pula buat ‘dua’ drama sekali gus iaitu drama untuk siaran TV dan ‘drama’ dia sendiri.

Menurut berita yang dikhabarkan kepada SS, ketika pengarah ini melakukan penggambaran, dia sudah buat hal dengan pelakon tambahan drama itu.

{baca lagi klik butang papar ... }


5 artikel pilihan pembaca hari ini







Apabila tiba waktu rehat, pengarah itu tiba-tiba hilang dari tempat rehatnya yang biasa dan pelakon tambahan itu juga tidak kelihatan di lokasi.

Kru tak kisah sangat kerana pada anggapan mereka mungkin pengarah itu berehat dalam kereta kerana mahukan udara sejuk daripada pendingin hawa keretanya lagipun cuaca sekarang agak panas.

Bagaimanapun, ketika kru dan pelakon lain sedang berehat sambil berbual kosong, mereka dengar seperti suara orang bertengkar di tandas yang terletak tidak berapa jauh dari tempat penggambaran itu. Mulanya agak perlahan, tetapi kemudian sudah saling bermaki hamun. Rupanya ia adalah adegan pergaduhan pengawal di kawasan lokasi itu dengan pengarah drama tadi.

Ini kerana menurut pengawal itu, dia ternampak pengarah itu melakukan perbuatan tidak senonoh dengan pelakon tambahan yang turut ‘hilang’ dari pandangan semua orang.

Jadi pengawal itu cuba menegur perbuatan tidak bermoral mereka berdua, tetapi pengarah itu tidak mengendahkannya, malah dia menghulurkan wang kepada pengawal berkenaan agar dia tidak beritahu kepada sesiapa.

Oleh kerana pengawal itu tidak mahu bersubahat dalam perkara yang dilaknat Allah SWT itu, dia menolak pemberian itu dan meminta mereka berdua keluar dari tandas itu. Situasi itu menyebabkan pengarah itu bengang dan terus memaki pengawal itu sehingga keadaan menjadi kecoh.

Namun begitu, SS tidak pula diberitahu sama ada perbuatan itu dilakukan dalam tandas wanita atau lelaki, tetapi SS percaya bagi pengarah itu semuanya dah tak penting lagi asalkan hasrat hatinya tercapai.

SS @ Harian Metro



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: